Korang mesti ada kan satu tempat yang korang rasa nakkkkkk sangat pergi untuk bercuti.. Pendek cerita.. pergi banyak kali korang tak akan pernah jemu la.. Kalau korang tanya CB.. mana tempat yang beria sangat den nak poie kan.. tempatnya adalah
MELAKA!
Hahhahahahah.. tak tahu lar apa pasal lar daku berkenan sangat nak pergi Melaka nie.. adakah kerana ia merupakan negeri kelahiran Remy Ishak? ohhhh.. itu jauh sekali menjadi puncanya.. hahahahhaha.. takde lar daku obses dengan Remy Ishak sebegitu sekali.. Kalau macam tuh negeri kedua daku suka adalaha Johor lar.. yelar.. Jep Sepah kat situ.. eh?
Okeh.. bukan nak cerita pasal artis peberet den tuh.. back to topic..
WHY MALACCA?
First! Sebab daku ni antara historical person kot.. Daku memang suka visit tempat bersejarah ni.. sama macam Penang.. memang tak akan boring lar..!
Second! Sebab dekat situ terdapat makanan-makanan yang sedap.. Bukan negeri lain tak ada yang sedap.. cuma daku teringin nak makan seafood kat Melaka.. tak pernah sampai beb..
Third! Sebab tak pernah secara RASMI melawat Melaka secara keseluruhan! Dulu ada jugak berjalan-jalan kat Melaka dengan family.. tapi just jenjalan kat Bangunan A'Famosa Melaka and pusing2 naik beca jek.. makan pon makan kat foodcourt.. itu sahaja!
Naik menara Taming Sari pon tak pernah! Nak makan asam laksa Melaka pon tak pernah! Nak minum Coconut Shake yang sedap kat Melaka tuh pon tak pernah.. Nak makan seafood kat Restoran Parameswara tuh pon tak pernah! Nak naik bot merentasi Sungai Melaka pon tak pernah! Nak jenjalan and naik Kapal terdampar kat Melaka pon tak pernah! Nak masuk Zoo Melaka pon tak pernah! Nak jalan-jalan kat Jonker Street pon tak pernah!!!
Sadis tak? Ingat cuti panjang-panjang ni boleh lar kot nak berjalan-jalan dekat sana.. hareeeemmm nak pergi.. Bajet lari lar.. Tak ada orang nak bawa lar.. kang pergi sendiri tak tahu lar jalan kat Melaka tuh.. nak pergi ngan kengkawan.. tak ada sapa yang free lak.. kesian..!
InsyaAllah.. Nak rancang percutian ngan kawan-kawan baik nak pergi bercuti ke Melaka lar pulak.. Last holiday ngan dorang pergi Bukit Merah 2 tahun lepas kot.. Pergi ngan kawan leh menggila sikit kan! ahaks~!
Celoteh Cik Bambam: Tapi hatiku tetap milik Pulau Pinang.. Negeri paling indah dan best untuk aku tenangkan fikiran.. Penang memang banyak kenangan.. kenangan dengan kawan baik.. kenangan bersama si 'dia' dulu.. :')
19 ratus ribu orang tambah perasa! :):
melaka best tp alwayz jem..hehe~~
tuh jer masalahnya...
CB dulu belajar kat penang ke?kalau Yana paling cinta terengganu..tenang n banyak kenangan kat sana..:)melaka pun tak pernah sampai..huhu
we're same. teringin sangat mau buat siri penjelajahan ke negeri melaka once i back to malaysia! ;)
belum pusing habis melaka ni
nak fire sini..hehe
ya samala kiteeeeeeeeeeeeeeeee
teringin sgt nk g melaka.sebab pegi melaka dl lawatan sambil blaja tingkatan 4.pastu da x gi da smp da berjanggut sye ni.hehe
ingtkan dpt jmp masa gathering dgn iffah and sunah smlm.next time kite jmp ya
melaka tak pernah sampai lagi. batu caves jom? muahaha.
me nak gi sabah sarawak sbb lom sampai kedua2 negeri itew..
jommmmm...kite gi jalan2 crk makan...nk x???hehehehee
nana teringin nk p langkawi,huhu...melaka da pernah olidy ngn fmly taun lepas:) best2x! tp masa tu ujan je...huhu...xdpt nk jln sgt
@AYuNG
kannn..perlis negerinya kecik pon x jem cenggituh..hehehe
@Prettywrite
xlar.. CB belajar kat kedah dulu.. terengganu pon best jugak! terbayang lar keropok losong ngan nasi dagang! nyum3!! :D
@Rtp Farra Arisha
hopefully we will be there soon! :P
@cikguden
sama lar.. kalau pergi pon sbb wedding jek.. hehehe
@Suhaili Sarif
tau xper!!! CB dulu pergi manjang attend wedding kawan n sedara jek..huhuh
sorry eh.. insyaAllah ada jodoh kita jumpa! hik3..
@Asyiqin Haulisah
hahahah..batu caves xyah lar.. umah CB dulu mmg dkt ngan batu caves! :D
@Mama Zharfan
kita Alhamdulillah dah sampai sabah n sarawak.. hehehe
@cikjaja
jom weh pergi melakaaaa!!! jom!!!
@nanakimie
langkawi pon best jugak.. CB insyaAllah tahun ni pergi langkawi lagik kot.. keh2..
Akak yg memang berumah dan bertangga kat Melaka nie pun x pernah jemu dengan Melaka. Tak pernah boring langsung. Sentiasa ada tempat seronok yg nak pergi. Meh datang Melaka weekend meh...akak bawak naik river cruise.
Post a Comment