Bambam's Addicted

Abon pejuang pantun dalam lawak!

KUALA LUMPUR – Ramai yang kurang perasan bahawa salah seorang anggota kumpulan Osbon iaitu Abon yang menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega baru-baru ini sentiasa menggunakan pantun dalam persembahannya.

Menurut Abon sebelum bergelar pelakon, pelawak dan pengacara pentas, dia merupakan salah seorang kakitangan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan berkhidmat di sana selama 21 tahun sebelum bersara awal beberapa tahun lalu.

“Pada usia 51 tahun, saya berasa bangga kerana pernah berkhidmat di DBP, apatah lagi banyak pengalaman dan aspirasi sewaktu bertugas di sana saya bawa ke bidang kerjaya sekarang ini.

“Saya misalnya, amat meminati serta menghargai pantun-pantun Melayu lama yang semakin lama dilupakan terutamanya oleh generasi muda hari ini. Salah satu caranya ialah dengan menyerapkannya dalam lawak jenaka saya,” katanya dalam suatu pertemuan di sini baru-baru ini.

Justeru, apabila menceburi bidang lawak jenaka, lakonan dan pengacaraan, Abon cuba menggunakan medium itu bagi mempopularkan semula pantun-pantun Melayu lama yang begitu indah bahasa serta maksud di sebaliknya.

Pelawak veteran ini contohnya, banyak menyerapkan elemen-elemen pantun dalam sketsa-sketsa lawak saya sewaktu menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega terbitan Astro Warna tersebut.

Malah, dia yang menyertai pertandingan itu bersama pasangannya, Os bangga apabila mereka muncul juara dan meraih hadiah wang tunai RM350,000 dan trofi.

Secara tidak langsung para peminat bukan sahaja akan terhibur dengan lawak jenaka mereka, tetapi pada masa sama kata Abon para penonton juga akan terbiasa dengan dialog atau ayat-ayat yang mengandungi elemen-elemen pantun.

“Selain itu, saya juga cuba mengangkat pantun-pantun Melayu lama dengan cara mempromosikannya melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 RTM setiap Rabu pukul 9 pagi.

“Saya dapati sambutan para penonton terhadap pantun-pantun yang saya ketengahkan mendapat reaksi positif. Ini kerana, ada di antara pantun yang saya bacakan jarang didengar oleh para penonton.

“Apatah lagi, saya juga merupakan Duta Merakyatkan Budaya Pantun di bawah program anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya lagi.

Semua tugas itu tambah Abon dilaksanakannya dengan niat yang satu iaitu mahu mengangkat martabat serta mempopularkan pantun supaya ia tidak pupus ditelan zaman. – mynewshub.my

****


Kelas kau Abon! sebenarnya nak share pic kat bawah nie jek..

Jeng jeng jenggg!!

Boleh lak satu flight ngan Abon masa nak gi KK last week! haha!
Eksaited Makcik Jameah jumpa Abonnn!! Lepas jumpa Abon terus jadi kelakar sepanjang trip to KK tuh.. hahahahahhahahaha.. Nanti kita share entry ke KK eh.. nak kena resize dulu gambor.. berjanggut nak upload nanti..huhuhuhuhu

7 ratus ribu orang tambah perasa! :):

AYuNG said...

Ohhhh..ke KK ker? hehe, silap teka..

Anum Shukri said...

Betul tu..dalam setiap persembahan Abon memang ada pantun..
wahh...dapat bergambar dengan Abon..ada tak berpantun masa tu?hihihi..

Anonymous said...

Ewah abon pon oliday kt kk ke

Zura Tahir said...

wah..abon pun g KK jgak ke lepas menang MLM..akak smpai lah nie xload2 gambar ke sabah...malas...

Makbed said...

ala..comeynye Pak Boon. eh??

artfever said...

minat gaks kat abon...lawak org lama mmg kelass

Rtp Farra Arisha said...

boleh jadi salah seorang pemantun tip top dunia :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...