Bambam's Addicted

Tanda gangguan jin

Terbaca dekat belog Ustaz Love pasal simptom-simptom gangguan jin nie.. Nak cerita pasal nie.. memang lar naik bulu roma den.. sebab my family memang ada history pasal jin/saka nie.. Sampai my mom dengan ai pon nak pergi brubat..wuwuuu~ (dah naik bulu roma nie..uhukkk)

Antara tandanya adalah..
 
Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur. (ini memang CB pernah mimpi pasal nie..huhuhu.. ada cakap kat mak.. dan memang pernah dengar story pasal nie before)
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll. (dulu ada mimpi ular besar nak ngap.. bajet org dtg minang..hahahahha)
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi. (pernah jugak..huhuhu)
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

Ketika jaga

*Sakit tulang belakang tanpa sebab. (hari tuh ada kata sakit pinggang kan??errkkk)
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas. (kekadang mmg ada sakit kepala..tp xde lar khusus waktu senja lak..huhu)
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa. (feeling mcm ni normal kot?espicially kalau malam-malam)
*Takut tidak bersebab. (selalu!!penakut kan den nie!huhu)
*Badan terasa berat dan malas. (memang pon...=.=') *Sukar mendapat jodoh. (HARUSKAH SAYA CAPSLOCK PUNCA INI??)
*Suka bercakap-cakap berseorangan. (Memang ai suka acting sorang-sorang..hua hua hua)
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam. 
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga. (takut just ilusi mata jek..errkkk)
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.  (yelarrrrr!!!korang jgn kecik ngan aku kalau korang rasa tetiba aku tak close ngan korang..errkkkk)
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan. =.=' *Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. hummmm... *Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul. (ni tak tahu laie nie...)
*Terasa diri selalu diperhatikan. (u mean just like now??!!!while I'm writing this entry??huhhhh~)
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia. (ni tak jugak.. kot ngantok tdo yooo den)
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia. (my late grandmother mcm nie jugak dulu..huhuh)
*Kanak2 hyperactive atau autisme. (Ini si Aqil masuk kategori ker nie? budak tak reti nak dok diam!!)
*Sikap berubah secara mendadak. (korang rasa??)
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza. (hahhhh.. elok lar pasangan songsang gi cek.. kot melekat jin tuh kek korang!)

Details korang leh nak tanya.. leh lar tanya Ustaz Love di SINI yer.. 

Celoteh Cik Bambam: 

Nenek moyang kita dulu suka nak berjanji ngan makhluk halus nie supaya jaga family dorang and tujuan perubatan.. and my great-great grandparents pon termasuk dalam golongan nie.. so memang nak kena buang la benda alah nie.. sekarang nie takde dah nak pakai benda-benda alah nie.. menyusahkan keturunan kita jugak esok lusa.. Ngeri weh.. dulu masa arwah wan nak meninggal pon nak kena buang makhluk tuh dulu baru lar boleh pergi.. memang atap rumah bergegar macam korang dok tengok dalam tivi tuh!! Nasib baik orang berubat tuh dok sebelah rumah.. Lucky lar daku duduk rumah sebelah orang yang boleh berubat..huhuhu..

Then ustaz tuh boleh nampak lagi makhluk-makhluk nie.. kekadang ada ponti dok mengilai depan umah.. belakang umah.. adik CB pon pernah dengar.. selamat lar daku dok berkurung dalam bilik.. waarggghhh~ terus takut lak bila buat entry nie..huhuhu.. minta simpangggggg!!!!



20 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Makbed said...

huhhuh..makbed salu gak mimpi jatuh dari tempat tinggi.

AZMI KHAN said...

sebenarnye jin nie takut dgn manusia tp die buat2 berani. bila manusia takut kat die die seronok la. 1 more jgn taksub sgt dgn jin sbb jin suka org yg taksub dgn die.

anyway family sy pernah alaminya dan sehingga kini masih ada gangguan.

sy menganggap ini semua ujian dr Allah kerana dgn izin Allah br ia terjadi......

Aziela said...

Memang gangguan jin nie adalah lumrah kerana itu janji syaitan. Eishh...banyak juga tanda2 tu akak pernah alami, tapi yang penting iman dan akidah kita terpelihara. Nenek moyang dulu2 memang selalulah kan, sebab ajaran Islam belum berkembang sepenuhnya dan ilmu Islam belum dikaji secara mendalam dlm masyarakat kita dulu2. Maka kita cuba sajalah bersihkan mana yang boleh.

ZianaRazali said...

Famly yna pun sama gak macm CB..Nenek moyang dulu memang suka buat mcm tu konon nak jaga anak cucu lah..padahal at last sampai ke arini menyusahkan anak cucu..jin dan syaitan ni takkan senang selagi tak menghuru harakan ahli keluarga orang yang dok bela dia dulu..haishh..

Tapi so far xpernah dengarlah mengilai semua tuh..tp bab2 mimpi or lain2 tu memang ada lah berlaku..

Anonymous said...

rasa dihimpit tu pernah rasanya.. :)

tapi dihimpit oleh adik.. hehehe,, :P

Ain Atika Zailani said...

alaa kite pernha tido rasa sesak nafas...tapi tu tau tau la gaguan jin ke atau pun sesak nafas ke.

a said...

ngeri..takot.. wehihihi.. mintak di jauhkan dari smua nih..=)

Unknown said...

Xpnh ase pape lg

eB said...

akak kena kot yer? hu3

Myra Jay said...

Dalam tanda2 di atas tu ada beberapa gak yang penah alama :-)

-Terjatuh dari tempat tinggi
- Tandas & buang air kecik..

Aduhh takutnyer.

Cik Bambam said...

@Makbed
tuh mainan tidur je kot..hehehe

Cik Bambam said...

@Azmi Khan
x taksub pon tp kekadang tuh gerun jugak..kekekeke..

InsyaAllah.. moga kita semua terhindar dari perkara yang tak elok.. :)

Cik Bambam said...

@Aziela
haaaa.. jgn terikut nak gi seru dia pulak dah lar ek kak.. :P

Cik Bambam said...

@ZianaRazali
kekadang tuh meremang kan bulu roma!fuhh~

Cik Bambam said...

@era kecik
hahahhaha..tuh jin toncit tuh! :P

Cik Bambam said...

@Ain Atika Zailani
dia kena tindih jek..xde lak tahu sesak nafas or tak..huhu

Cik Bambam said...

@Bluewendy
aminnn!huhuhu

Cik Bambam said...

@Iffah Afeefah
ok lah tuh.. :)

Cik Bambam said...

@eB ezrin
ohhh..ni ker yg pasal 'instinct' kak eb tuh!huhuhhu

Cik Bambam said...

@Myra Jay
but sumtimes mainan tidur jek.. jgn percaya sgt.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...