Bambam's Addicted

Punca Malaysia PANAS!

Semua orang panas lar deyyy~!
Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.  “Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam. 

Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya.



Ohhhh.. sebab tuh lar daku asyik dok teguk air jek.. pasang air cond kat office pon still rasa panas.. perggghhhhhh~! semalam mkn cendol.. hari nie makan eskem.. hahahha.. panas weh.. yer..korang mesti nak kata.. KAT NERAKA LAGI PANAS! yer tahu.. tp daku dok bincang isu semasa skang nie.. :P

Footnote: Dulu study Kedah.. pernah sampai suhu 39 darjah celcius! dok utaghaaa memang panaihhh.. tuh depa dok cakap.. orang Utagha memang hitam MANIS ckit.. tak caya? cer tgk blogger nie.. ahhahahahha.. larikkkkkkkkkkkkkkkkk~!!!

20 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Asyraf said...

patut le...
kat taiping pun panas gila macam kat tepi laut panas dia..

Unknown said...

mak aii. naik sampai 40? perghh. patut la rasa macam melecur aje bila keluar. sehari mandi 8x pn xhilang panas lg. huhuhu

Anonymous said...

tu la nye mmg panas gile skang ni
tu rasa nk mandi sungai je keje nye heheee

aNiss :):) said...

kat trganu pun panas.. sebab dekat dgn tempat loji minyak =)

Siti Noraisyah said...

tau xpe, mmg mana2 pun panas sgt skrg ni.. dah duk bawah kipas pun still berpeluh lg.... sabo jela...

Cik Bambam said...

@Asyraf Kamarul
makin ke utara mmg makin panas..hehehe

Cik Bambam said...

@EYFAalias
cer mndi 9x!hahahaha..kot sejuk badan kan! :P

Cik Bambam said...

@Nana
idea!tinggg~! nk mnsi sg larrrr weeknds nie!hahahha

Cik Bambam said...

@aNiss :):)
ha'ah kn..mmg ar! asyik bako petroleum jek..hehehhe

Cik Bambam said...

@Siti Noraisyah
dok bwh aircond pon panas kak ct oi..huhuhu

De' Nurul said...

aku memang tak keluar rumah la jawabnya

Diyanieee said...

cni pn panas membahang jak.. huwaaaaa duduk d umah jak laa gamaknya..

Ain Zulaikha said...

betul2 sekarang ni cuaca panas gila ..

Cik Bambam said...

@De' Nurul
ak x kuar umh pon bahang wehhh!!

Cik Bambam said...

@MiSzy DiaN
umh ade aircond xper ar.. umah aku kan.. kipas pon rosak sbb selalu pasang.. panas sudah..mcm mau bogel ja rasa! ehhhh..ahhahah

Cik Bambam said...

@Ain Zulaikha
pemanasan global..huhuhuhu

shandye. said...

berterusan hingga ke September?

die la cemana nak survive bulan puasa nnt?

*pitams*

Cik Bambam said...

@shandye.
bawa lar kain basah..wat lap2 muka..huhuhu.. nk minum xleh ek..uhukk~

Diyanieee said...

hahahaha umah aku mna daa econ laa.. sja ckp gtu.. kalu pns sgt, aku p mandi jak berjam2.. hahahahaaaaa

Cik Bambam said...

@MiSzy DiaN
ingt ade aircond tadik..ahhahah...panjat gunung kinabalu aja lar..sejuk sikit!hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...