Bambam's Addicted

PERCUBAAN dalam BERTUDUNG..

Di suatu petang yang indah.. Si Bedah terserempak dengan Si Minah yang sedang asyik membetulkan tudungnya.. Terperanjat Si Bedah melihat Si Minah yang sudah mula memakai tudung.. Alhamdulillah.. berkata-kata dalam hatinya..

Bedah: Assalamualaikum Minah! Lamanya tak nampak kau!

Minah: Waalaikumussalam Bedah! Aku pon dah lama tak nampak kau juga!

Bedah: Makin ayu kau sekarang... dah start bertudung.. Alhamdulillah.. sejak bila nie?

Minah: Baru last week.. Itu lar.. niat nak pakai tudung tuh dah lama.. cuma tak terbuka lagi hati dah bertudung..heheheh

Bedah: Baguslah tuh.. terbuka juga pintu hati kau kan.. :)

Minah: Yelar.. InsyaAllah biarlah lama sikit aku bertudung.. Dalam sebulan dua nie aku try dulu pakai tudung or shawls nie.. kalau selesa aku kekalkan lar..

Bedah: Hahhhh?? TRY BERTUDUNG?

Jeng..jeng..jengggg!

Minah: Alar kau nie..macam tak pernah dengar lak statement artis aku kan..hahaha.. pakai shawls pon lawa jugak kan.. tutup aurat sambil berfesyen.. :P

Bedah: ........ *terkebil-kebil dengar statement Si Minah*

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Sumber: JAIS

Mana ada istilah MENCUBA.. Ia adalah WAJIB kan.. :)

Footnote: Hahhhhh... daku pon dah terikot gaya Sunah lak.. jadi ustazah kejap lak hari nie.. padahal daku tutup aurat pon belum 100% sempurna.. -,-' Ini bukan percubaan menutup aurat.. Ini dosa cari sendiri yer..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

9 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Tok Esah said...

ahha, bedah oo bedah!!

menutup aurat itu wajib kepada muslim yg dah baligh!!

Cik Bambam said...

@Tok Esah
kannn!leh lak dia try2.. T_T'

shandye. said...

one of my bff akhirnya tergerak hati nk mula bertudung.

bagus la. cuz kawan2 pun support dia mula bertudung. after that, pelan2 dia remove semua gambar2 dia dok free-hair dolu2 kat fb dia.

alhamdulillah...

jasmine jaszlee said...

yes yes yes ! pkai tudung ,

Dulu lola tak pkai tudung tapi abg remy ishak suruh pkai , lola pkai lahh .

CB ! SILA JANGAN JELES !

Unknown said...

haha, minah minah, bajet artis kao kan

Ain Zulaikha said...

menutup aurat tu wajib. tak tutup aurat tu haram. tapi rasanya orang sekarang masih tak faham lagi hukum Allah. :)

Anonymous said...

tak paham si bedah neh

ejulz said...

semoga org2 yg se'spesis' minah ni terbuka hati bertudung disebabkan perintah Allah bukan kerana fesyen semata2.. amin.. :)

Cik Bambam said...

moga kita yg perempuan islam nie terhindar dari smua2 nie..huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...