Bambam's Addicted

Kenangan hadiah Hari Guru yang pernah korang bagi!

Selamat Hari Guru buat semua warga Pendidik! 

Cikgu ngan aku memang tak dapat dipisahkan.. sebab apa? sebab aku memang dibesarkan oleh cikgu jugak!hehe.. Yup.. Emak dan arwah ayah kedua-duanya cikgu.. tapi setiap kali hari guru... sumpah aku tak pernah bagi hadiah kat parents sendiri.. cikgu kat sekolah bagi lak.. pelik jugak! Time sekolah rendah mesti kita semua kalut nak bagi hadiah kan? kalau high school tuh dah tak sangat nak bagi adiah-adiah nih.. time kecik jek eksaited lebih!hehe..

Dulu time hari guru.. bila tanya mak, nak bagi adiah apa kat cikgu? mak jawab.. "kau bagi Pen Merah jek..cikgu guna".. so tiap kali hari guru daku akan bagi cikgu 3 batang pen.. Pen biru, hitam dan merah!tapi boring jugak asyik nak bagi pen kan? so ada satu tahun tuh kan.. tak silap Darjah 3, daku tukar adiah lak.. bagi biskot chipsmore dekat cikgu.. cikgu goncang2 bungkusan hadiah tuh.. cikgu tanya.. awak bagi cikgu biskot ker? haha! pandai betol cikgu teka.. tapi cikgu suka and cikgu kata saya boleh makan biskot awak nie!

Then bila Darjah 6 lak.. dah last year untuk bagi cikgu hadiah.. tak tahu nak bagi apa.. tanya mak lagi.. nak bagi apa nie mak? Mak pon tak tahu.. tanya mak, nak bagi Pasu yang kecik2 yang ayah beli dari Sarawak tuh.. bukan guna pon! dah lar berhabuk jek kat situh.. mak cakap boleh! apa lagi balut lar adiah.. tapi bila kira-kira still tak cukup lagi.. last year nie mesti nak bagi adiah kat cikgu banyak-banyak sikit kan!

Kebetulan, Hari Guru kat sekolah mak dorang celebrate awal. Pastu, mak dapat hadiah banyak lar jugak dat year.. usha adiah-adiah mak.. terus tanya mak.. MAK..AIDA NAK HADIAH MAK NIE BOLEH TAK? MAK BUKAN GUNA PON? MEH AIDA BAGI CIKGU ADIAH MAK NIE! haha! haram kejadah betol perangai daku kecik2 dulu weh.. boleh lak wat sistem barter! hahahahahahahahha!

Then time skolah menengah.. dah takde bagi adiah2 nih.. tapi last bagi hadiah kat cikgu time lepas PMR. PMR dapat result Alhamdulillah agak bagus time tuh.. Mak pesan, bagi lar hadiah kat cikgu2.. result baik jangan lupa cikgu.. tanya mak nak bagi apa? kebetulan kami satu keluarga nak pergi holiday.. mak kata belikan key chain.. then tulis nama cikgu kat key chain and wish thank you.. so dapat lar cikgu2 daku key chain sorang satu.. =p Itulah last gift yang pernah bagi cikgu.. 

Favourite cikgu daku dulu cikgu Math! walaupon segarang mana pon dia.. cikgu math jugak tetap bertakhta di hati.. sebab memang favourite subjek CB adalah Matematik..then tak pernah ada dalam kamus hidup CB sepanjang jadi student tidak suka pada cikgu. Pelajar yang tak suka cikgu tak akan berkat ilmunya.. huhu.. cikgu kan orang ke2 yang kita kena hormat selepas parents! kena ingat tuh!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8 ratus ribu orang tambah perasa! :):

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

antara hadiah yg pernah diberi utk cikgu...kain batik, tuala..tp paling x leh lupa..zaman sek rendah. sekotak tissue ;)

suria lekatlekit said...

tak igt lak penah bg hadiah ke tak kat cikgu... inilah pelajar tak patut di contohi. sebabnya sy memang jenis tak pandai nak bg hadiah kat sesapa pun sejak dr kecik lagi.

NazurahMN said...

mase sekolah rendah mak suruh bagi mug yang kat rumah . mug tu dalam almari . tak penah pakai, mak kate bagi je lahh . penah jugak bagi tudung, tudung tu jarang pakai . engat lagi, tudung tu warne biru pekat . HAHAHA . bile engat balik . kelakar lah plak .

Jahirah said...

bukan sistem barter tu, sistem reuse tu..haha

jarang bg adiah kt cekgu.pnh bg hiasan bentuk pelita share ngan kwn2..hihi

Cik Bambam said...

@Joy
ehh..tisu pon mak sy pernah dapat gak!hahaha..xper..itu standard!kekeke

Cik Bambam said...

@THE LEKAT LEKIT STORY
ehhehhe.. doa pon adiah gak an lekit..heheh

Cik Bambam said...

@W A W A
smua reuse punya brg kan!hahaha..

Cik Bambam said...

@cik aisha
hahah!!yer2,,RE-USE..slh terms lak..kekeke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...