Bambam's Addicted

Kisah sedih si gadis yang menyayat hati..

Nak post entry nie buat kali kedua.. entry sebenarnya CB buat untuk segmen BA ari tuh.. tapi itu untuk segmen.. mungkin ramai yang tak baca sebab ingat ia hanya mengejar trafik jek kan..?? Ini bacaan untuk tatapan umum.. Nak beringat... jangan nak menyesal macam CB baru nak tersedar..

...................................................................

Dulu ada seorang anak gadis.. masa tuh dia berumur 15 tahun.. Form 3 lar kalau di sekolah.. Nak kata dia gadis liar.. tak jugak.. nak kata dia gadis dengar kata pon tak jugak.. Dia ada sebuah family yang bahagia.. dia ada 3 orang abang yang sangat protective.. seorang kakak yang chantek yang selalu bertikam lidah ngan si gadis tuh.. and sorang adek yang selalu kena buli oleh beliau..

Kisah si gadis ini ketika 13 tahun.. sudah sedia maklum baru nak mengenal dunia luar.. baru nak belajar bergayut kat telefon berborakkan pasal sang teruna idaman di sekolah sampai pada suatu hari ayah si gadis naik angin lalu mencampakkan telefon itu berderai ke bawah.. Si gadis mula lar emo.. disalahkan ayah itu yang tidak memahami perasaan seorang gadis yang baru nak mengenal dunia.. Bermula lar episod pemberontakkan seorang gadis..

Apa sahaja yang dibuatnya tidak kena.. apa sahaja yang dilakukan tetap salah di mata bapanya.. hati kecil si gadis selalu memikirkan yang bapanya terlalu memilih kaseh terhadap anak2nya.. sampai suatu hari.. si ayah pernah menaikkan tangan ke muka gadis.. memarahi si gadis.. berkecil hatilah si gadis itu kerana teguran si ayah itu.. lalu si gadis memberontak.. naik ke bilik sambil menghentakkan kaki dengan kuat.. menghempaskan pintu dengan kasar, sengaja mahu menunjukkan kemarahan pada si ayah.. hati si gadis berbisik..

KALAU AYAH AKU MATI LAGI BAGUS! TAKDE SAPER NAK KISAH AKU NAK BUAT APA!
Termakbul agaknya doa si gadis.. ayahnya sakit diserang strok.. hampir lumpuh separuh badan.. setahun berlalu.. Alhamdulillah si ayah makin pulih.. perilaku ayah pada si gadis pon bertambah baik.. si gadis pelik kenapa ayahnya berubah.. ayahnya dulu yang cerewet pasal makanan, dimasak nasi goreng oleh gadis itu tetapi tawar..ditelan si ayah dan dikatakan sedap walaupon diusik oleh adek beradek yang lain bahawa makanannya tidak.. :') duduk di depan TV menemani si gadis melipat kain.. berborak mengenai perkara yang tidak pernah disentuh oleh gadis dan ayah sebelom ini..

Bahagianya si gadis.. hampir beberapa bulan si ayah bercuti di rumah kerana strok tadi.. ingin pulang ke kampung menemui ibubapa dan anak perempuannya di sana.. kerana ikot perancangan mahu bawa sekeluarga berpindah ke kampung supaya dekat dengan ibunya.. Kita hanya merancang..tapi Allah yang menentukan.. Si ayah meninggal di kampung..atas pangkuan isterinya.. setelah semua hajat di kotakannya.. apa yang pasti.. si ayah PERGI MENINGGALKAN si gadis yang baru menganjak alam remaja.. jauh dari sisinya.. Pulang lar si gadis bersama abang2 dan adiknya tadi..ke kampung bagi mengebumikan jenazah ayah tercinta..

Menyesal sungguh si gadis.. kerana sampai sekarang masih tersimpan sisa ingatan yang mengatakan ayahnya pergi kerana doa yang sebenarnya tak dihajatnya dulu.. Kematian yang menarek semua senyumannya.. Kematian yang dia akan ingat sampai bila-bila dan yang pasti.. dia tidak akan memikirkan perkara yang sama bila dia disakiti oleh orang yang disayanginya.. dia hanya mendoakan kebahagiaan bagi setiap insan.

Sedih koranggg!sedih kannn..sian gadis tersebut.. hurmmmmm.. tengok iklan petronas lagi sedih!I'm missing my late dad again tonite~ :'(


6 ratus ribu orang tambah perasa! :):

rosmina samin said...

sedihnyer....bahagia tgk org yg still ada ayah, not like me... :(

JIJI YU said...

hurm..tetibe rindu ayah aku yang dok keje kat ganu

b a m b a m ' s said...

@rosmina samin
kita senasib jek dear.. :')

b a m b a m ' s said...

@JIJI YU
org kata..kalau teringat terus lar call..x baik tangguh2.. :)

Kaseh said...

Allah lebih menyayanginyaa.....sabar eh syg...kalau terngat n rindu arwah...sedekah alfatihah.

b a m b a m ' s said...

@Kaseh
yup.. :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...