Bambam's Addicted

Helah licik Ujrah PTPTN? adakah anda salah seorang darinya???

Cik bambam dapat news nie dari rakan FB.. Tak tau lar nak percaya ke idak? Korang baca details nie.. then korang nilai lar sendiri... CB pon bukan pro..apa kata Mr. Muscle PAKAR dan PRO?? Point2 yang telah digariskannn.. (perghhhh..skema yang amat!!)..den pon tak berapa nak paham sebenarnya...hahahha


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal: 

Bacaan berkaitan:


credit to: Eddie Ka

16 ratus ribu orang tambah perasa! :):

AnneRaini said...

entahlah..macam tak faham pun ade jugak..hehehe

Cik Bambam said...

@AnneRaini ehhehe..point yg dpt kiter kena bayar lebih...tuh jek yg tau..ahahha

10jarijemari said...

tak faham...tp y tensenyer..ujrah ni saya tak dapat...katanya ada syarat yang tak menepati la...padahal dah baca...sumenye ok~

tomatokering said...

aduss , tak phm jgk . yg taw kalau tukaq kena bayaq lebih la ek /

ieyza said...

akk tak fahamlaaa...nk kena teliti balik setiap ayat2 tu....maceh yerr share

z.u.n.a.i.d.a said...

yeke ni BB, zue pon ada apply haritu..waduhwaduh, berpoloh2 kotiak dengar news ni..huhuhuhuhu

Unknown said...

ye ke macam ni? haihh..
akak share kat belog akak ye cik bambam

Cik Bambam said...

@AnneRaini den pon tak paham gak!hahaha..

Cik Bambam said...

@10jarijemari lor..kenapa lak???x tanya pihak PTPTN ker?

Cik Bambam said...

@tomatokering :) CB pon x brape nk paham gak cik tomato..hehehe..lebey kurang kiter kena byr lebih ckit utk nikmati faedah yg dikurangkan tuh..huhuh

Cik Bambam said...

@ieyza CB pon x paham sgt kak...heheheh..

Cik Bambam said...

@z.u.n.a.i.d.a kiter pon ada apply gak..tp x anta kat dorang lg..heheheh

Cik Bambam said...

@Aidanisme amek lar kak..heheheh

_ziela_ said...

x paham la..(sibuk je aku kann..) ko dah try tanya2 sape2 yg dh start bayar guna sistem 1% neh x? x silap ak ader akk kat tmpt ak ni dh convert ke sistem 1% neh so far dia xde ngomel ape pon..waallahualam..

Cik Bambam said...

@_ziela_ yg pertama yg aku x suka sbb dia wat byrn dr potongan gaji..susah aku nak bajet nnt..xleh nak skip byr kalo aku dh terdesak nak guna duet mek..huhu..

yang kedua..
yang kita byr nnt..dia dh markup siap2 ngan kos tambahan tersembunyi lain yg sepatutnya kita xyah bayar..

yang aku paham lar kan..heheheh

秋 ツ said...

argghh~ frust giler bace mende nih! aki baru jek buat ptg td. huk3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...