Bambam's Addicted

PR always be a PR! BN always be a BN! Neutral voters apa jadi?

Kalau sesiapa jadi friends facebook aku..mesti annoying giler sebab aku asyik post status berbaur politik.. Aku tak menangkan mana pihak.. aku cuma terkilan dengan pemikiran sesetengah orang Malaysia ni yang selalu KEEP NEGATIVE MINDED TO OTHER PERSON! Kau saja la betul.. orang lain salah.. 

Kau saja la yang import banglaaa!! Padahal kau sendiri tak pasti parti kau ada chinadoll.. 

Parti kau makan rasuah! Yelahhhhh.. parti kau tak ada.. tak ada or tak nampak or buat tak nampak? kau pasti tak ada dari parti pembangkang??? Kalau BN or PR jujur dan telus..kenapa ada jek SPRM tangkap ahli politik nie..???

Manifesto kau saja yang terbaik.. manifesto orang lain tak ikut kehendak rakyat..

 

 

Parti kau saja yang adil dan tulus.. Orang lain yang tak sokong parti kau SEMUA PENIPU!

Parti kau racist!! Parti kau anti-cina.. yelar.. parti kau Malaysian la sangat.. padahal tak sedar racist Melayu secara tak langsung.. Melayu dengan melayu pulak tuh.. pastu racist dengan Bangla, Filipina, Indonesia bla bla blaaa... Kaum kat Malaysia boleh terima.. bangsa lain dari Malaysia tak terima.. huhhh??!!! Fineee..aku boleh terima alasan pengundi hantu.. well aku pon tak sokong pengundi luar.. nak bertanding biar lah secara jujur.. Aku tabik spring ngan orang PR ni yang sedaya upaya banteras pengundi hantu.. tapi biarlah yang betul2 mengundi.. bukan yang belum mengundi.. BUKTI TUH BIAR LAH SAHIH.. Rakam lar video foreigners yang SUDAH MENGUNDI.. bukan main taram jek asal-muka-kau-bangla-aku-tangkap semua orang.. shame!!!

Islam itu indah.. Salah satu rukun iman.. Beriman kepada Qada' dan Qadar

SPR Penipu!! Badan kehakiman penipu!! Ehhh.. hakim yang bebaskan Anwar Ibrahim menipu tak? Ehhhh.. mestilah takkk.. dia kan lepaskan Anwar Ibrahim sebab tak cukup bukti.. agak-agaknya kalau korang kumpul semua informasi pasal penyelewengan pilihanraya dan serahkan pada hakim nie.. dia bagi lepas tak? Means.. kalau cukup bukti laaa.. kan? kan? kan?? Aku tak rasa semua org BN ni penipu and semua orang PR ni jujur.. kalau macam tuh ada istilah baik dan jahat.. korang ingat korang boleh tahu ke semua isihati manusia nie?? Kau ingat semua orang Malaysia ni penipu.. Kau ingat semua orang Malaysia ni jujur??!!

a haters always be a haters.. letakkan agama dulu baru duniawi..



Dia orang kata.. kami perjuangkan hak rakyat..aku kata..aku setuju.. tapi perjuangan mana yang korang nak..duniawi or akhirat?? dia orang bongkak.. dia orang kata.. orang bandar ni celik dan tahu menilai apa kerajaan sekarang buat.. aku kata..

Kesian orang kampung/felda/estet
Aku nak kata.. sebab apa orang kampung tak lihat sangat manifesto dorang.. sebab apa? semua yang korang perjuangkan semua yang orang dekat bandar mahukan.. orang kampung tak terasa.. aku respek orang dok kampung nie.. dorang tahu dorang susah.. dorang gigih cari duit dari menunggu kerajaan datang bantu.. bagi dorang kerajaan bantu Alhamdulillah.. tapi manifesto PR aku rasa macam berat sebelah and more focus pada orang yang berada di bandar.. pastu bising kata orang kampung tak celik.. buta IT.. terpengaruh dengan apa kerajaan cakap. bla bla blaa.. tapi korang sendiri tak tunjuk contoh yang baik dekat orang di kampung.. Duit minyak naik..duit tol naik.. buat banner.. maafkan kami mak ayah.. kami jarang pulang ke kampung sebab minyak dan tol mahal.. duit tak ada.. hahahahah..funny!!! mak aku selalu pesan kat aku.. dalam ceramah2 agama.. kalau korang rasa apa yang terjadi dalam hidup kamu..kurang duit..tak bahagia.. korang tengok hubungan korang dengan parents korang.. dengan mak ayah pon berkira kan..duit tol dan minyak susah nak bayar.. duit belanja dekat mak dan ayah kat kampung.. berapa ramai yang hulur??? Kata orang kampung/felda/estet tak celik.. kalau tak celik.. kenapa korang saja yang tak tolong dorang celik?? apa ingat orang2kg/felda/estet tak ada internet eh? then why ada orang felda pro PR and ada yang pro BN? answer me? why?

Dia orang nak free education.. Kerajaan Malaysia dah lama buat.. anak2 korang masuk sekolah kerajaan bukan free ker?? tadika free? ada jek tadika kemas..tuh pon bayar RM20 buat makan.. RM20 nak sekolahkan anak pon berkira?? Nak anak pandai lar..nak anak masuk smart reader..smart reader mahal.. Okeh la..aku faham.. dah tahu mahal usaha cari duit.. jangan lar simpan perangai.. gaji RM2000 tapi nak pakai kete mercedes.. aku rasa duit korang akan cukup kalau korang berbelanja mengikut gaji..bukan mengikut nafsu.. buat belanjawan.. tanam perasaan sedar diri..awak tuh bukan orang kaya nak belanja mewah-mewah.. Nak pendidikan di universiti free.. boleh jek..SPM punya result mestilah BAGUS!! Semua orang offer kau scholarship.. pendidikan itukan pelaburan.. kau nak melabur pada benda yang belum tentu mengeluarkan hasil? kau nak?? maaflah..saya SPM tak berapa nak pandai..okeh lar..apply PTPTN.. kau dpt result 1st class.. FREE okeh!!! FREEE!! Kalau dapat 2nd class lower... LB.. berangan nak dpt education free.. adoi...tak faham aku.. 

Penyokong PR yang bijaksana.. tolong kumpulkan maklumat SAHIH yang korang dapat dan bawa ke muka pengadilan.. aku percaya masih lagi ada badan kehakiman yang JUJUR dan IKHLAS.. but please lar jangan minta tolong orang luar.. belajar dari sejarah.. Bagaimana Melaka dijajah..bermula dengan pertolongan.. pertolongan yang kita tak tahu hujung pangkalnya.. baik lah kita percayakan Malaysian people..

dan penyokong BN.. please dont too emotional about perkauman.. yer kita tahu Tragedi berdarah 13 May.. 13 may buat kita trauma untuk kurang percaya pada kaum cina especially DAP.. tapi aku pon percaya tak semua DAP akan bersikap ideologist komunis.. aku pernah tanya pada kawan office chinese.. U tau what happen in 13 May?? they said it coz of Tun Razak la.. cucuk-cucuk sana sini.. now his son...korang tahu apa yang aku simpulkan.. aku tahu kita ni misslack of information and not trust to each other.. dan pada kaum cina.. jangan cepat melatah why Melayu so defensive about perlembagaan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Pegang pada perlembagaan asal kenapa kita menuntut kemerdekaan dari Penjajah.. sebab kita tak nak kita dijajah lagi.. Sebelum merdeka ia Tanah Melayu.. bukan Tanah China or tanah india.. kami kaum Melayu terima bangsa lain as part of Tanah Melayu masa tuh sebab your nenek moyang sudah berjanji patuh pada perlembagaan yang dipersetujui.. Melayu, Cina, India tuntut kebebasan ... bukan nak kami dijajah sekali lagi.. but now we live happy and harmony.. kenapa kita ungkit pasal racist lagi?? Evendo masa 13 May ada segelintir orang cina di perkampungan Melayu disorok supaya tidak terbunuh.. malah orang Melayu di perkampungan cina juga disorok.. we all live together.. love each other.. korang nak tengok Sungai Gombak and Klang penuh dengan manusia yang dah mati..?? asal nampak bangsa lain dibunuh saja tanpa dipersoal? apa yang jadi pada aku yang bersikap neutral?? dibunuh juga? I keep my words..if happen the same tragedy.. i will defense my chinese, indians, sabah, sarawak and others friend coz we are not an enemy.. we just love Malaysia and live happily ever after.

Para pemimpin yang dihormati.. tolong bantu rakyat.. tolong jangan bazirkan duit yang diamanahkan.. tolong lihat kami yang berada di bawah.. cut cost segala belanja yang tak penting.. Tolong buat pelarasan akaun.. dan pada rakan-rakan Malaysia..sila maju untuk berusaha.. kita tak akan nak harapkan 100% pada kerajaan.. buang konsep terlampau selesa dengan bantuan..bantuan kita terima but kita kena keep upgrade ourself..

Please Malaysian.. please..

5 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Abe Long said...

the good one...

Fath_n!e$@ said...

wow!!!!terbaik r aida..suka dgn entry kali ni...

yayu said...

Sgt setuju..

yayu said...

Good one

yayu said...

Sgt setuju..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...