Bambam's Addicted

Petua merawati Bengkak Gusi dan sakit gigi.

  1. Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera. -SUMBER-
  2. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.
  3. Petua ketiga ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak. -SUMBER-
  4. Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.
  5. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  6. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang. 
  7. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  8. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas. 
  9. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  10. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  11. Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.  -SUMBER-
  12. Terakhir, Pergi klinik gigi!

Waaaaahhhh... gusi den bengkak nie... nak tumbuh gigi bongsu kot.. tapi ada daging lagi kat gusi daku nie.. macam mana dia nak tumbuh.. huhuhuhuhu.. Mana satu petua nak ikot pon tak tahu.. guna dulu ubat doktor bagi la..uhukkk~

2 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah.. petua yang bagus.. gigi aku ni pon ada ura2 nak sakit jerk :)

shiema sufian said...

nice tips. shiema selalu je bengkak gusi. BOleh amalkanlah lepas ni kan (:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...