Salam semua..
Lama giler tak buat entry dekat sini.. manjang wat iklan jek.. huhuhuhu.. Bukan sebab busy.. cuma rasa mood nak ber-blog tuh tak kunjung tiba.. yelar.. kita bukan blogger full time macam yang lain-lain.. Sibuk dengan nak promosi kain cotton.. dan bila rasa main games lagi seronok dari blogging.. gini lar jadinya.. hurrrmmm..
Malam Jumaat yang lepas.. Keluarga kami dikejutkan dengan pemergian Pak Lang. Arwah dah berumur 90 tahun.. Mak yang kata.. lebih kurang sebaya dengan arwah wan dulu.. Baik sungguh arwah.. seorang yang berbudi-bahasa.. percakapannya penuh dengan ilmu sebab beliau seorang bekas guru. Perangainya yang sopan santun dan memang menyenangkan semua orang di sekelilingnya.. Perginya pada malam Jumaat, bak kata orang.. Malam yang baik untuk umat Islam meninggalkan dunia nie.. Jenazah dikebumikan hari Jumaat selepas solat Jumaat. Betapa untungnya beliau, disembahyangkan beratus umat Islam pada hari tersebut.. Subhanallah..
Nak dijadikan cerita, hari Jumaat tuh memang CB EL lar kan.. nak menziarah jenazah dan keluarga Mak Lang semua yang boleh dikatakan.. antara saudara yang memang rapat dengan keluarga kami. Ramai yang hadir pada hari tersebut. Anak-anak arwah Paklang pulak memang ramai.. dengan kehadiran cucu-cucunya lagi.. saudara-mara.. sahabat handai.. semua bersedih dengan pemergian arwah.. lebih-lebih lagi.. Mak Lang, anak-anak dan cucu-cucunya..
Bila nak diangkat jenazahnya dibawa ke masjid untuk dimandikan dan dikafankan.. satu rumah diselebungi dengan tangisan. Especially dari keluarga terdekat. Mungkin di benak fikiran mereka.. Ini adalah kali terakhir arwah berada di dalam rumah ini.. Lepas nie.. tiada lagi senda gurau dari arwah.. Anak-anak menangisi pemergian ayahnya.. cucu-cucu juga tak kurang tangisannya.. tangiskan kehilangan seorang atok yang selalu memberi kata-kata nasihat pada mereka.
Tapi aku..
Aku sedih.. aku juga menangis.. aku menangis sebab aku dah pernah merasa apa yang mereka rasa.. Kehilangan seorang ayah.. Kehilangan seorang atok dan nenek.. yang begitu rapat dengan aku.. masa mula-mula sampai dekat rumah Mak Lang.. aku salam dan peluk Mak Lang serta sepupu-sepupu aku.. sepatah perkataan SABAR pon aku tak ucapkan.. sebab aku tahu.. perkataan SABARLAH... kadang-kadang tak mampu untuk kurangkan kesedihan mereka.. Bagi aku.. cukuplah kau peluk dan tumpangkan bahu untuk menangis.. Lebih berbaloi..
Kasihan Mak Lang.. Kekasih hatinya yang selama ini.. tidak pernah berenggang.. ke sana ke mari berdua.. tinggalkan dia buat sementara di dunia ini.. Sabarlah.. dunia yang lebih kekal di akhirat nanti.. atau InsyaAllah di syurga sana.. dia akan menanti kekasihnya.. Sama seperti arwah ayah akan menanti mak dan kami anak-anaknya.. InsyaAllah..
Bagi yang tak pernah merasai kehilangan.. Hanya mampu memandang.. mampu menumpang sedih.. mampu mengeluarkan perkataan SABARLAHHH.. tapi esok lusa bila kita sendiri dah merasa.. percayalah.. tiada perkataan dapat digambarkan melainkan deraian air mata yang kita berkongsi bersama..
Mati itu pasti..
5 ratus ribu orang tambah perasa! :):
salam takziah atas pemergian Pak Lang kamu... Al-fatiha...
salam takziah..
salam takziah
me paham apa yg CB rasa sbb me pun dh tak de ayah..
Salam Tkziah. Memang mudah untuk mengungkapkan kata Sabar, tapi susah bagi seseorang itu untuk membuat. Apepon, Allah lebih menyayangi dia.
Takziah buat cb n family..
Post a Comment