Bambam's Addicted

Bas dari Genting Highlands accident lagi!

Ngerinyaaaa!! (Sumber Harian Metro)

KUALA LUMPUR: Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands hari ini.
Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong kepada Bernama.

Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti. Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi. Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya. -- BERNAMA

***

Nasib baik lar dah pergi Genting hari tuh.. and kalau den lar.. better lar drive sendiri.. lagi konpiden bawa kete sendiri dari naik bas.. uhukkk~

8 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Unknown said...

mesti pemandu takde pengalaman ni..bahaya betul

bunga_rose said...

eksiden lagi? setuju tu, better drive sendiri.. bas laju kot.. penah naik dah.. pening dok dalam tu

Anonymous said...

alamak..ni yg tkot naik bas ni..huhu

+ e.z + said...

takutnyer.
nauzubillah mizalik

tunz said...

ini blog nana bambam ker....jika ye..sila ke blog www.mialiana.com..ada pesanan untuk nana bambam.....cari entri 'Pos Daftar Sticker Mialiana.com dikembalikan'...jika tersilap org maafkan mama tunz yer...niat untuk membantu jer..

tunz said...

oooooppss...salahorglah.....bukan bambam yg ini rupanya..harap maklum.tq

Anonymous said...

Serius xberani naikmbas g genting rasa xselamat

L said...

takutnyer.. kematian menanti dimana-mana. minta mati dalam keadaan baik. amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...