Bambam's Addicted

Najis Anjing/Khinzir macam mana kita nak kena SAMAK?

As u olls know.. (wah speaking!).. Last Saturday & Friday.. kan CB pergi kira stock dekat warehouse yang terletak di Westport, Klang. Nak dijadikan cerita.. ada satu warehouse nie.. ada dekat 50 ekor anjing dekat sana!! Korang bayangkanlahhhhh~!!!! Baja yang tinggi menggunung (just imagine bangunan double/triple story tingginya).. anjing-anjing kat situ melepak macam mat/minah saleh tepi pantai.. perggghhh~!!


Kawasan situ dah lar berlecak coz hujan kan.. Berpandukan pengalaman tahun lepas.. CB dah standby pakai kasut and bawa extra slippers. So kalau masuk warehouse pakai kasut n stokin.. masuk kete hav to change lar kan.. senang lar cerita nak kena samak kasut saja.. dah tanah berlecak.. tempat anjing melepak.. tahi2 dia jangan cakap lar.. nak jek suh orang-orang sana kasi halau semua anjing tuh coz anjing tuh jinak sampai nak pergi kat orang gesel-gesel kepala.. dia ingat dia kucing agaknya?? -.-' 

Kita bukan nak hina dia.. cuma nanti susah lar nak samak semua.. nak sembahyang lagi kan.. hasil daripada pembacaan di internet.. Sumber-sumber yang boleh dipercayai.. meh ai share situasi mana kita harus samak ek..

***

NAJIS DIJALANAN DIMAAFKAN

SAYA melalui suatu kawasan dan tiba-tiba di sebelah jalan yang saya lalui saya terlihat najis (yang dikhuatiri najis anjing) lama kerana ia kering dan hancur sedikit.

Ini membuatkan saya was-was sama ada terpijak cebisan najis terbabit atau tidak. Saya bertanya kepada rakan, adakah perlu saya menyamak alas kaki yang dipakai atau tidak dan dia menyatakan tidak perlu. Adakah ia benar? Yang merunsingkan saya, hal ini sudah lama berlaku dan alas kaki itu dipakai di merata-rata tempat. Bagaimana dengan kawasan yang saya lalui itu? Bolehkah saya mengabaikan hal itu kerana saya tidak dapat pastikan sama ada ia najis anjing atau najis kucing?
- EN, Kuala Lumpur.

Jawapan: 
SECARA umum najis di jalanan dimaafkan. Dengan itu alas kaki tidak perlu disamak. Jika alas kaki terkena najis memadai dengan mengesatkannya beberapa kali di tanah untuk menghilangkan dan membersihkan najis itu. Ia tidak perlu disamak. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Apabila kamu terpijak kotoran dengan alas kakinya, sesungguhnya tanah adalah penyucinya." (Sabiq, 2000: I: 20) 

Celoteh Cik Bambam: So? macam mana.. mula-mula ai pijak tanah basah.. then dia kering.. kena samak ker tak? So CB nak hilangkan keraguan .. just samak jek lar kasut tuh!! Habis cerita kann..

Kalau tayar motorsikal terkena najis atau bangkai anjing yang telah berkecai dilanggar kereta adakah tayar perlu disamak?

Jawapan
Sebaik-baiknya disamak tetapi dalam keadaan ini tidak wajib berbuat demikian kerana janis mughallazah berada dimana-mana sahaja dibumi ini samada yang hidup atau yang mati. Buatlah yang sepatutnya (seperti hukum) dan jangan menyusahkan.

Celoteh Cik Bambam: Tayar kereta tak yah samak.. suka ai.. payah lak nak samak kan.. :P

***

Haaaa.. banyak lagi soalan-soalan agama yang korang boleh rujuk di SINI.. Pergi lar rujuk.. then CB ada baca.. kasut yang CB pakai tuh.. just basuh dgn air and gesekkan kat tanah sampai hilang bau, rasa dan warna.. tak payah nak samak lebih-lebih.. and only kena samak kalau kita nak bawa sumting untuk beribadat or apa lar kan.. susah pulak kalau was-was kan.. huhuh.. Wallahualam..


4 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Aku Ibu Muda said...

ohhh...camtu ye dik.

thanks for sharing :)

Ct Aja said...

wuhuuuuuuuu..islam 2 mudah kan..

nabilah_2908 said...

sy pernh terpijak najis anjing..kemudian terkena pula pada baju.... :(

ctk said...

agama ISLAM xmenyusahkan pOn..mesti ade je jalan penyelesaian..terima kaseh 4 this ye kak :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...