Bambam's Addicted

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam


***

Kenapa Cik Bambam tak kahwin lagi??? Semua ini adalah rahmat Allah... ngertikkk!!!!


9 ratus ribu orang tambah perasa! :):

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Jodoh itu rahsia Allah.. kita pun dulu pernah di tanya soalan mcm tu.. kita jawab muka x cantik, takde orang nak

Aku Ibu Muda said...

enjoy la dik sementara bujang ni :)

Azhafizah[フィザ] said...

kalau ade jodoh tak kemane >.<

EZAN IDMA said...

hahah ngertik! jodoh tu ada.

AYuNG said...

setuju bangettt...!!!!

tag: sini

Zura said...

kalau org tanye akak suke jawab 'esok'...sbb mulut nie satu doa jugak..hehe

missina said...

hurmm,,,tak larat dah nak jawab soalan tu,,nek bosan pun ada,,,huhu,,dah tak sampai lg jodoh nak wat camnekan,,papepun usaha pun kene ada utk menentukn takdir sendri kan,,,pastu Allah la yg tetapkan pula,,**panjg lebar plak,,

Ct Aja said...

muda lgi, xpw..hi3

Novelgurl said...

Jodoh perlu dicari di samping takdir XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...