Bambam's Addicted

Petua Mudah Bersalin

Segan lak nak share petua nie ngan korang.. almaklum ler.. ai tak kahwin lagi.. mengandung apetah lagi..errr.. tetiba nak share petua mudah bersalin ngan korang ek?hahaha.. ini gara-gara one of my besties minta cari petua-petua nak bersalin coz dia tengah menunggu hari nak melahirkan tuh..heheheh (Makbed  dan lekit pon leh gak amek petua nie!haha)

Seeee!! demi kawan SUSU SEJAT! aku tebalkan lar muka sikit ajila oi~! hahaha
Jadi, hasil carian dari google dan website Melayu Kini dan Duke Amiene Rev.. maka terkumpul lar petua-petua seperti di bawah.. den copy yooo.. copy siap CREDIT okeh!

Petua Sebelum Bersalin

1) Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah.
2) Elakkan ‘melompat’ dari katil selepas bangun tidur.
3) Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
4) Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut.
5) Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Petua Mudah Bersalin

1) Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak (santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

2) Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

3) Pemakanan Salindah (dicadangkan)
Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.

Vitamin Penting Sebelum Bersalin

B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.
B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut – takut.
B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.

Petua Selepas Bersalin
Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh. 
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup. 
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka. 
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari. 
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan air susu selepas bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:

1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari. 
2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. 
3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. 
4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
    Dan ada lagi petuanya weh! baca dari blog kak Liza nie..
    a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
    b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
    c) Amalkan minum air lebihan suami.
    d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
    e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
    f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
    g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
    h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
    i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
    j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

    Wahhhh..CB dah rasa macam pakar sakit puan lak! wakakakakka.. banyak lagi info nie.. nak taip semua ehhh..copy semua.. 'rajin' lar pulak kan.. hehehe..so, CB provide few links untuk korang rujuk okeh!
    • Korang leh masuk blog Ibu Hamil nie untuk tahu Senaman Bantu Mudah Bersalin
    • Doa agar mudah melahirkan anak korang leh masuk dalam blog UmmuAbbas nie..
    dan website tambahan nie..
    Itu jek kot.. moga Puan Azila berpuas hati lar yer..kah3.. PUSH! PUSH! PUSHHHHH!! (itu jek daku tahu)

    Foonote: Selamat Berjuang para ibu semuaaaaa!!! (doa-doa jugak..nak jadi mummy jugak..wuwuuuu)

    12 ratus ribu orang tambah perasa! :):

    Makbed said...

    mekasih...muah muah muahh...

    Cik Bambam said...

    @Makbed
    heheheh..u r most welcome! :P

    jasmine jaszlee said...

    wahhhhh ! Lola boleh ambik petua ni buat mama lola . mama lola dalam pantang kott . KAN ?

    solomolo said...

    yang penting kena praktis hembus ye...
    P.U.S.H !!!~

    Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

    naseb bek lelaki xakan mengalami pengalaman bersalin :)

    suria lekatlekit said...

    yang last push2 jugak kena praktik.. apapun info yg berguna dr anak dara buat ibu mengandung

    Cik Bambam said...

    @LoLLa AdeLLa
    ha'ahhh!! tp mak lola dah terlebih pengalaman..hehehe

    Cik Bambam said...

    @solomolo
    hahaha..part tuh kau suka yer!!! :D

    Cik Bambam said...

    @Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
    heyyyy~! saper kata!!! ada lar pengalaman.. temankan isteri bersalin sok lusa..so guna juga lar petua nie..

    Cik Bambam said...

    @THE LEKAT LEKIT STORY
    yup! kang salah push kena buasir lak!huhuhu

    _ziela_ said...

    trimas trimas..bertuah dpt sahabat susu sejat mcm ni..rajin wehh..~!! so kpd jejaka di luar sana sila hantar borang permohonan anda kpd cik bambam..beliau sgt baek hati okeh..!! *amacam aida, ok x promote ni?* hihihi..akan ku praktikkan apa yg ku mampu..biasalah hdp di perantauan byk benda xde..*pasrah* hehehe

    Cik Bambam said...

    @_ziela_
    hamboi kau punya statement!xleh blahhh!!!hahahahha..

    buat lar yg mana mampu and yg mana ada..hehehe

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...