Pernah tak korang.. kekadang kalau terasa hati ngan seseorang.. then kita nak blame orang lain.. tak kisah lar salah kau atau salah aku.. tapi pucuk pangkal mesti kita nak salahkan orang lain before kita tengok diri kita sendiri.. pernah tak?
kalau diikutkan hati.. mesti kita nak tuding jari dekat orang lain dulu kan..?? mesti nak cakap..
Bukan salah aku.. kau yang cari kes saper suruh!
Kenapa aku saja yang nak jadi mangsa????!!!
Asyik aku jek yang nak kena beralah..
Alahai.. mahal sangat ker kata maaf tuh untuk diucap.. For me bukan bermakna kita nie minta maaf it means kita yang salah.. tapi kekadang terms mengalah tuh nak kena ada dalam kehidupan.. tak kisah lar salah dia or kita.. lebih-lebih lagi kalau salah kita.. nak diikutkan hati.. masing-masing tak nak beralah kan.. tapi kalau perkataan MAAF tuh boleh menjernihkan air yang keruh.. tak rugi turunkan ego masing-masing sorang sikit..
Bak dalam petikan BLOG nie.. Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya.
Pendek kata... panjang tak kata apa-apa.. ehhh.. hehehehhe.. selingan.. pendek kata.. baik kita nilai diri kita dulu before kita menilai orang lain.. Kadang-kadang khilaf tuh datang dari kita sendiri and mungkin kita tak perasan dari sudut pandangan mata kita sendiri.. Jadi, apa orang kata tuh.. kekadang kita kena terima jugak.. walaupoun ia pahit untuk ditelan, tapi sepahit peria ia adalah ubat.. kalau goreng garing sedap jugak rasanya.. ngehehehhehehe..
Macam CB jugak.. semua orang kata CB garang.. tapi rasanya CB bukan garang tak bertempat.. cuma TEGAS pada perihal yang tak bersesuaian dan pada perkara yang kekadang agak childish for me to involve.. but if u think twice.. maybe apa yang orang sekeliling cakap pasal CB garang tuh.. kena terima juga la kan.. kalau dah lebih 5 orang cakap tuh.. means ada kebenaran lar kan.. jadi bahawasanya saya ini kena terima pendapat orang lain bahawa saya nie GARANG.. kekekekekke.. dan cuba berubah..
Bukan bermaksud kita menafikan perkara tersebut kita terus jadi tak berpendirian.. tapi kita kena pikir.. orang tegur kita sebab dorang sayang.. kan! kan! kan! :)
4 ratus ribu orang tambah perasa! :):
baru tau garang rupanya anak dara ni...
@THE LEKAT LEKIT STORY
hahaha..tak sangka kan.. muka anak dara nie lemah lembut dan sopan santun jek kan??? kekekekek
mintak maaf yew CB sebab selalu kacau ko...
p/s : lepas ni solo akan kacau lagi !!!~ hahaha...
@solomolo
notty ekkkk~!!!! kekeke
Post a Comment