Bambam's Addicted

PLEASE dont call them INDON!

Korang tahu tak.. dengan menggelarkan orang Indonesia sebagai INDON jatuh kepada gelaran seperti MENGHINA dan MENGUTUK mereka even bagi kita.. it's just a short form from 1 word??!

Yes..ini yang CB dapat belajar dari interview dengan Embassy Indonesia hari tuh.. Dia ada tanya soklan tuh dekat CB..memandangkan hanya 2 orang sahaja wakil Malaysia.. so mesti lar dia pulun tamya soklan yang melibatkan Malaysia-Indonesia kan.. Banyak soklan HOT TOPIC yang ditanya.. hampir setengah jam interview berlangsung and bg CB ia masuk dalam kategori yang AGAK PANJANG!hoho.. coz normally dalam 10 minit interbiu itu normal.. :P (Dah lar orang pertama yang kena interbiu ari tuh!)

Wakil dorang tanya.. KENAPA ORANG MALAYSIA SUKA MENGGUNAKAN PERKATAAN INDON?? Terus CB speechless coz sumtimes CB pon guna terms tuh.. and bagi kita warga Malaysia it's normal coz it's just a short form kan?? bukan untuk menghina atau menyindir..jauh sekali.. and dorang cakap lagi.. Kami warga Indonesia tidak pernah menggelarkan orang Malaysia dengan nama gelaran dengan gelaran MALAY atau lain..

So, CB jawab.. Bagi saya sendiri.. INDON itu hanya untuk short form only.. bukan untuk tujuan menghina atau apa.. Bagi Malaysia..kalau digelarkan sebagai MALAY sekalipon..ia bukan menghina..kerana ia bermaksud MELAYU.. (memang lar Malaysia dulu namanya TANAH MELAYU kan?) Jadi saya ingin bertanya pada tuan/puan.. adakah perkataan INDON itu sendiri membawa maksud yang berbeda di sana??

Jadi dibilangin sama bapak dan ibu itu bahawa.. kalau dibilang sama kita itu INDON terus bermaksud perspektif negatif gituh.. Kami terasa seperti DIHINA.. Walhal banyak kali di beritahu pada MEDIA MASSA tentang peggunaan ayat INDON itu tidak sesuai diguna pakai dan kami berkali mengajukan perkara ini kepada Media Massa Malaysia and sumtimes tidak diendahkan..Tapi kenapa harus di SHORT TERM kan? Kenapa tidak boleh menyebut INDONESIA? Jikalau kamu ditawarkan bekerja di sini.. kalau keluarga dan rakan kamu menyebut INDON.. apa yang kamu mahu terangkan pada mereka?

So, memang CB dah tahu topik ini akan timbul and sepanjang berbual bicara dengan rakan-rakan dari Indonesia sendiri.. CB akan bahasakan INDONESIA.. bukan INDON coz itu memang sensitif bagi mereka.. Jadi DISINI saya sebagai WARGA MALAYSIA yang menghormati JIRAN NEGARA SAYA SENDIRI ingin berpesan kepada anda semua.. HORMATI NEGARA LAIN JIKALAU ANDA MAHU NEGARA ANDA DIHORMATI..

Replace INDON with INDONESIA.. Kita pon tak nak kan rasa negara kita sendiri dihina? Pesanan ini bukan kerana CB kononnya bakal bekerja di Embassy Indonesia nie pon.. offer keje pon tak lagik.. and mayb peratusan kerja nak ditawarkan pada CB pon kurang..coz daku memang banyak mengarut dalam intebiu.. tapi sebagai seorang saudara yang menghormati saudaranya yang lain..

RESPECT OTHERS IF U WANT TO GET IT ALSO!

Memang kekadang kita amarah dengan warga Indonesia yang menimbulkan kekacauan pada negara kita nie.. tapi tak kan lar sebab segelintir yang membuat khilaf.. satu negara besar yang menjadi mangsa kan? sama seperti bangsa MELAYU.. Semua yang tak elok perangai majoritinya MELAYU.. tapi takkan semua MELAYU harus dipersalahkan jugak?

So, buka minda anda.. terima dengan hati terbuka.. and to INDONESIAN.. kami warga Malaysia tak seteruk yang seperti kamu jangkakan.. bila negara kamu susah.. MESTI kami NEGARA PERTAMA yang menghulurkan bantuan bukan?? Kita memang serumpun.. asal usul Tanah Melayu pon ada datangnya dari tanah Indonesia and itu memang tak dinafikan coz memang disebut dalam sejarah.. tapi sekarang kami hidup atas bumi MALAYSIA.. SEJARAH memang tak akan berubah.. tapi MASA DEPAN memang boleh diatur.. =)

Hidup dalam rukun damai kan elok? Tak kisah dari mana kita datang.. Tak kisah budaya kita agak berlainan.. tak kisah makanan kita pon berbeza.. tak kisah apa yang tak sama tentang kita sebab Tuhan kita tetap SATU! Kita saudara satu agama kan?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

18 ratus ribu orang tambah perasa! :):

miya said...

slm singgah.. Laaa.. psl ni pun nak dijadikan isukah? Kita guna perkataan 'Indon' mmg sbg shortform saja. Tidak ada niat lain. Kadang2 kita harus sedar bahawa ada segelintir pihak yg suka mengapi2kan kedua belah negara. Baik dari pihak Malaysia mahupun Indonesia.Ibu saya berketurunan dari Indonesia, malah menggelarkan rakyat negara tersebut sebagai 'Indon'. Tidak ada yg ganjil.Pakcik,makcik, atuk,nenek sy org Indon. So, buat tak tahu sajalah pasal isu ini. Isu nyamuk yg saja buat kacau..

aynadys said...

owh gitu ke CB?Baru tau ni xleh panggil gitu.Good info :)

ejulz said...

zaman sekarang semua nak ringkas.. SMS pun guna bhs ringkas.. xkan nak taip berjela.. heHe

b a m b a m ' s said...

@miya
sumtimes bg kita ini perkara kecil..but for them it's a big deal kan.. so kita kena hormat jugak..mayb bg miya its ok coz miya bukan 100% from Indonesia..hehehe..more to Malaysia kan..hehehehe..

xper lar..yg penting kita respek people opinion.. :)

b a m b a m ' s said...

@aynadys
yup..time tuh Cb ckp gak kat dia..mayb org Malaysia tak tahu pon gelaran tuh menghina mereka kan.. so skang dah tahu.. masing2 punya kesedaran sndiri..ehhehe

b a m b a m ' s said...

@ejulz
ehehhe..dah diberitahu its just a short form...tp dia balas bnalik..kenapa nak short form??? dah..terus kelu lidah nk jwb aper.. takkan lar nak short form ayat perlu ade reason kot...heheh

make it free said...

haha,, sebenarnya secara jujurnya semua ni sebab kita berasa tak selesa ngan dorang yang begitu ramai kat malaysia ni, shotform indon tu sbagai panggilan yang meluas,,, yelah dah dorang mmg banyak kat sini,,,

BRO_MONDAY said...

cik bam²s : ai setuju...bukan maksud nak hina...jangan nak tacing lebih ok...('',) lepas ni marilah kita sahut seruan 1MALAYSIA sama²...hidup bermuafakat x nak gaduh², hidup aman sentosa ke anak cucu...

Encik Suami said...

Oo..depa terasa hati ker? Hadoi..mmg rasa mcm shortform jerk.
so..klu mcm tu e..nak panggil depa apa erk?

jemput terjah new entry

1) (>.<) Sampai Hati Yu Tinggalkan Ai (>.<)

b a m b a m ' s said...

@make it free
yup..rakyat Indonesia kat Malaysia memang ramai.. tp x semestinya kita nak rasa unsecure tak tentu pasal..heheheh..dorang pon sama..jgn asik nak pandang serong terms tuh..tp kena hormat jugak lar kan.. :P

b a m b a m ' s said...

@BRO_MONDAY
hahahaha..terbaik punya pesanan lar bro!kita amek yg +ve and tolak yg -ve ke tepi kan! :P

Novelgurl said...

hoho..amarah y tak muhasabh.Asl dorng x kaji indon tu ap..itu bkn kata makian tp kata singkatn =.=" eishh..lantklh indon oiiii~

b a m b a m ' s said...

@Encik Suami
itu la..dah terangkan kat dorang..its just a short form only..jgn lar amek perkara nie isue besar..hehehe..

just sebut indonesia jek..jgn panggil INDON..huhuhu

b a m b a m ' s said...

@Novelgurl
hahahahah... sbb kekadang kita jugak salah sebut..mcm..

TAK GUNA PUNYA INDON!~
Kau nak pergi mana?aku nak gi INDON untuk bercuti..

dorang dah salah tafsir gituh ler..huhuhu

MiSzy DiaN said...

kdg2 terpakai short form ni bla tgk drama dorg.. hahahahaa.. tu jak..

Kamil Kahar said...

ceh...mmgla diorg xpggl kte MALAY...abes yg diorg panggil kte MALINGSIA tu x kire menghina la ek...perkataan tu mmg sengaja bertujuan untuk MENGHINA...diorg ni sbnrnye pndi ckap je...tp ckap diorg sampah...

b a m b a m ' s said...

@MiSzy DiaN
kannn..dh kata itu just a short form..bukan mghina..dorg yg salah paham..nak buat mcm mana kan..hehehe

b a m b a m ' s said...

@Kamil Kahar
MALINGSIA tuh mksdnya aper lak ek? x tahu lak ade gelaran kita mcm tuh..alar..dorang nak ckp sampah lantak pi lar kan..xkn kita pon nak jadi sampah jugak?? :P

bnda tak elok xyah diikot kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...