Bambam's Addicted

Ambil Peduli, bukan MENYIBUK!

Rasa peduli sememangnya amat penting diamalkan oleh remaja dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Ia bermula dengan isteri atau suami dan anak-anak, anggota keluarga dan akhirnya kepada masyarakat.
Bayangkan sekiranya remaja berada di tempat kerja, rasa peduli amat dituntut. Sebagai pekerja kita berada dalam suatu suasana muafakat, kerjasama dan saling berinteraksi. 

Apabila ada orang yang miskin dan susah memerlukan bantuan, rasa peduli akan menerbitkan perasaan untuk membantu sedaya mampu.Apabila mendengar kesakitan orang lain terhadap kesempitan yang dihadapi, rasa peduli akan mendorong remaja turut sama merasai atau berkongsi keperitan yang dialami.
Ada orang yang zaman kanak-kanak dan remajanya tidak seindah seperti golongan seusianya. Ada yang hidup mewah dan keperluan zahir dijaga, tetapi keperluan kasih sayang tidak dipenuhi. 

Ada yang hidup miskin dan tidak berkemampuan, tetapi dilimpahi dengan didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa dan penjaga. Namun yang lebih menyedihkan sekiranya miskin harta dan kasih sayang.
Keperluan anak-anak yang tidak seimbang seperti ini harus diambil peduli dan dibantu supaya tidak tercicir serba serbi dalam arus dunia yang semakin pantas dan mencengkam. 

Intimnya kaitan rasa peduli dengan remaja bertujuan mendidik mereka bahawa hidup ini memerlukan orang lain dan keperluan untuk berhubung serta berinteraksi.Sebahagian remaja kadang-kadang sudah terdidik dengan sifat bersendiri, tidak peduli orang lain, hilang hormat kepada ibu bapa dan orang tua, hilang adab kepada jiran dan orang lain. 

Sikap sebegini tidak menyumbang ke arah pembinaan masyarakat. Bayangkan kalau di peringkat remaja lagi sudah ada sikap individualistik. Pasti akan terbawa-bawa hingga dewasa. Rasa peduli mestilah dalam batas pengertian yang mendalam, keinsafan yang tinggi bahawa sebagai hamba Allah kita memerlukan bantuan, sumbangan dan derma dalam keadaan-keadaan tertentu. 

Bayangkan sekiranya kita ditimpa bencana, kesusahan dan kepayahan hidup pasti kita memikirkan bantuan dan pertolongan orang lain. Sekiranya rasa peduli itu subur pada diri remaja ia menjadi asas membina sikap tidak sombong dan tidak angkuh dengan apa yang ada pada dirinya. 

Sekiranya rasa peduli itu teguh pada remaja, apabila dewasa ilmu yang ada dapat digunakan untuk menyumbang terhadap orang lain. Kepakaran yang ada memudahkan pihak yang memerlukan, banyak membantu kerja-kerja sukarela. Amalan begini boleh memupuk rasa muhibbah dan kemanusiaan tinggi sesama manusia.


Sumber: Utusan Malaysia Online 2010! (hahahaha)

Cik bambam lak nak stori.. CB memang suka ambil tahu hal kawan-kawan.. sebab bagi CB itu dah jadi tanggungjawab sosial kita sebagai seorang kawan.. bukan kita nak menyibuk tentang hal dia.. means.. kita korek rahsia dia yang tak sepatutnya.. kita just nak tahu tentang perkara yang dia lalui sekarang dari pemerhatian mata kasar kita.. kot kot dia terhanyut.. kita leh tolong kan.. bukan nak biarkan dia terus hanyut.. bukan ker??? Sekiranya kita nie sudah terbina dengan asas peduli yang baik, dengan sendirinya akan lahir masyarakat yang terbina dengan sifat kasih sayang dan tolong menolong ke arah kebajikan dan kebaikan bersama. kannnn!!


Sikap jaga tepi kain sendiri tak relevan lar skang nie.. Sikap jaga tepi kain kita nie lar kekadang buat orang lain tak senang nak buat maksiat tau!! kekadang juga buat orang lain teragak-agak nak dera budak-budak.. teragak-agak nak pukul bini.. semua teragak-agak lar.. sebab apa? sebab takut orang tahu kan?? Nanti kalau semua orang amek sikap pentingkan diri sendiri? nak ker dunia nie penuh ngan perangai syok sendiri tak reti nak kenal mana betul dan mana yang salah?!

So.. marah lar aku weh sebab aku busybody.. at least bila kat akhirat nanti.. Allah tak tanya aku.. kenapa aku biarkan kawan aku jadi macam tuh.. Aku dah cuba.. kau yang tak nak terima.. hurrmmm... Bukan suh korek rahsia yang bukan-bukan then dok tanya orang yang tak related.. pastu mula lar buat spekulasi sendiri.. Sorry kalau ada yang terasa.. cuma saper makan jering dia punya tuttt lar bau hancing.. kekekekekkek

Note: Shikin.. kau sumber inspirasi aku dalam entry ini..ehheheh

4 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Zura said...

ambil peduli ngan menyibuk nie lain maksudnye..

b a m b a m ' s said...

lain kak oi.. kita amek peduli sbb kita caring.. bukan nak amek peduli dok citer yg bukan2 psl dia..

Farhana Jafri said...

btul2.. org skrg kite tegur cket dh melenting.. pdahal sbgai umat islam kite kne sling tgur mnegur klau individu tu wt salah.. biase la klau dh moden ni sume wt hal msing2.. budaya melayu tu mkin lme dh mkin hilang...

jemput singgah ANASAURUS :)

b a m b a m ' s said...

farhana
tegur pon kena ada cara.. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...