Bambam's Addicted

Jenis-jenis HATI.. So, HATI-HATI ek!


Mari Cik Bambam kenalkan korang pada HATI.. Korang ada HATI? Mesti lar ada HATI kan.. Takde HATI macam mana nak berkasih-sayang kannnnn~ Korang tahu tak.. kat dunia nie ada beberapa jenis HATI.. korang kenal tak kesemuanya??Let me introduce SOME KIND OF HEART!


  1. Ada HATI - mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
  2. Berat HATI enggan; malas
  3. HATI Batu - degil dan sukar menerima nasihat
  4. Besar HATI - bergembira atau berbangga akan sesuatu
  5. Buah HATI - orang yang dikasihi atau dipuja
  6. Buta HATI - tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
  7. HATI Batu - degil atau keras hati
  8. Iri HATI - menyimpan perasaan dengki atau cemburu
  9. Isi HATI - perasaan dalam hati
  10. Kecil HATI - berasa tersinggung atau merajuk
  11. Mencuit HATI - lucu; menggelikan hati
  12. Mengambil HATI - dapat memikat atau mempengaruhi
  13. Murah HATI - suka bederma; tidak kedekut
  14. Panas HATI - meradang atau marah
  15. Putih HATI - ikhlas; jujur
  16. Sampai HATI - tergamak melakukan sesuatu perkara
  17. Tawar HATI - tidak mempunyai minat lagi
  18. Terang HATI - mudah memahami sesuatu
  19. HATI-HATI - berwaspada
Kalau nak dipendekkan jadilah yang ini kan!
tapi

HATI yang ke-20.. 

Hati nie paling mudah dijaga kalau kena dengan kaedahnya.. 
Mudah pecah kalau dicampak ke dinding..
Mudah terguris kalau dilukainya..
akan JATUH HATI kalau terkena dengan BICARA HATINYA..

Korang tahu HATI apa itu??

HATI Cik BAMBAM!!!!

ONCE BROKEN CONSIDERED SOLD!



8 ratus ribu orang tambah perasa! :):

aNiss :):) said...

HATI maniss seperti aniss tade kew?? hohoho! :):)

b a m b a m ' s said...

@aNiss :):)
mana der hati manis cik aniss oi.. hati goreng kicap ado!!ahhahahah

AYuNG said...

yg penting..jgn buta hati..hehe:D

bhya...xda obat!

b a m b a m ' s said...

@AYuNG
bahaya tuh buta hati..kena kembali ke pangkal jalan..heheheh..

patah hati pon bahaya gak!ehehhe

Cahaya Qaseh said...

perasan atau x,no 3 sma la ngn no 7..hahaha..=)

deeya said...

cik bambam ! kamu itu cinta HATI ku .. betol ! aku jatuh HATI sama kamu . full of HEART !! muah muah muah !

pantun 2 kerat buat cik bambam :

siakap senohong gelama ikan duri ,
bercakap bohong lama-lama menaruh HATI

*erk ~ tetibe ! :p

b a m b a m ' s said...

@Cahaya Qaseh
mana der sama..itu aku letak kat no 3..then lg satu aku letak kat no 7...errrr..ahahhaah

*aku pon x perasan!!ahhahah*

b a m b a m ' s said...

@deeya
hahahahah..nie ade per deeya bodek2 CB nie!!hahahaha..

CB beli pantun tuh..

ikan gelama mana nak sama ngan ikan duri,
kang cik bambam jual hati kamu lak tak terbeli!

kekekekeke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...