Tersurat dan tersirat.. walaupun dua perkataan ini mempunyai rhytm yang hampir sama tapi maksudnya sungguh berlainan.. yang tersurat apa yang kita leh nampak.. yang tersirat semestinya yang tak nampak and kita perlu korek dalam-dalam untuk tau maksud yang tersurat...
Macam manusia.. kekadang ia mampu tersenyum.. tapi tak bermakna hatinya juga turut tersenyum.. Walaupun fizikal yang tersurat tiada luka.. tapi nuraninya.. penuh dengan luka.. walaupun kulitnya putih.. belum tentu hatinya putih.. and walaupun kulitnya hitam.. tak semestinya hatinya juga hitam.. yang paling susah kita nak kesan.. orang yang berperwatakan baik.. belom tentu ia tak jahat kan..??
Kekadang hidup kat dunia.. kita tak kan lari dengan dunia hipokrit.. macam daku jugak.. saya tak nafikan saya baik dan saya tak nafikan saya jahat.. saya cuma insan tengah-tengah di mana ada syaitan di telinga kiri untuk menghasut dan malaikat di telinga kanan berpesan menghindarkan melakukan dari dosa.. tapi kita ada hati dan pendirian untuk tentukan perkara apa yang kita akan lakukan bukan?
Kita akan pilih jalan yang terbaik untuk diri kita.. tapi tak bermaksud jalan yang terbaik itu membuatkan kita menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri.. tak juga bermaksud menjadi seorang penghasut mengatakan orang lain jahat. Ermmm.. sampai sekarang aku tak boleh nak lupa.. mengenangkan kisah tersebut.. menuduh aku merupakan dalang padahal perkara sebenar jauh sekali dari apa yang tersurat..
Salahkan aku menjadi seorang sahabat yang terlampau mengambil berat akan perihal rakannya..? Hentahlah.. aku sayangkan sahabat yang selalu membimbing aku ke jalan yang benar.. kalau itu bukan aku sebagai sahabatnya, maka carilah teman.. yang ada sekadar di tepi mendengar cerita sahaja tanpa menyelesaikan masalahnya.. ataupun kawan yang ada sewaktu duka dan hilang ketika duka..
footnote: Selalu setting mind.. walaupun badan gemok.. dalaman aku kurus.. lalallalala~
0 ratus ribu orang tambah perasa! :):
Post a Comment