Bambam's Addicted

AKU CINTA/BENCI ROKOK

Siapa kata saya benci rokok? Saya SAYANG rokok!! SAYANG sesangat.. So buat per saya masuk segmen Abg Ben nie.. sebab saya nak orang tahu..rokok nie banyak datang benefit dekat kita dan orang sekeliling! Nak tahu apa benefitnya!



  • Duit saya banyak! so daripada saya habis belanja makan family dan kawan-kawan saya..baik saya pergi beli rokok kan.. buat per nak bazir duit kat orang lain.. betol tak?
  • Gigi saya KUNING.. umpama salut emas tulin kat gigi.. kalau lucky.. terselit jugak berlian permata dekat celah gigi.. kan cantik tuh!
  • Dengan rokok.. saya dapat banyak penyakit.. so dengan itu.. saya leh claim banyak MC dari company and dapat skip study.. dapat kenser paru-paru pon okeh jugak.. leh claim insurans banyak sikit!
  • Setakat semput tuh apa lar sangat kan.. untung per..pergi klinik and hospital leh sedut gas.. banyak kemudahan.. silap haribulan leh jumpa doktor cantik/hensem and nurse yang mengancam! tak caya leh tanya ady budika.. banyak jumpa yang macam tuh kat spital kan ady??!!
  • Bila saya merokok.. esp ada orang kat sebelah saya.. lebih-lebih lagi orang pregnant.. dia pon leh sedut sekali.. sebab kita selalu impikan nak dapat anak yang cemerlang and special dari orang lain.. so nanti anak orang tuh memang special lebih lar dari orang lain.. kan!
  • Saya memang suka berkongsi.. bila saya hisap rokok.. asap tuh saya kongsi dengan orang lain.. so esok lusa takde lar saya sakit sorang2.. kan best! ada kawan secara tak langsung..
Dont misunderstood.. cik bambam namakan entry tuh entry cermin.. korang baca entry tuh secara songsang.. faham kan? kan bloggers sekalian dah cukup pandai menafsir apa yang tersirat.. Based my personal opinion pasal rokok!

Dari kecil dah dididik oleh arwah ayah untuk ke kedai membeli rokok.. and saya memang expert menghafal nama rokok sejak kecil.. but now dah lupa..sebab dah takde orang suruh.. yang saya tahu order..

PAKCIK!BAGI SAYA ROKOK DUNHILL MERAH KOTAK BESAR!

Korang just imagine if sejak kecil dah tahu pasal rokok.. so jangan salahkan anak-anak kalau korang tangkap dia merokok senyap-senyap kat tandas! BUT!it's not me..tapi abang saya.. salahkan dia kerana meniru perilaku idolanya?

Salahkan sebatang rokok kerana punca jasad dan nyawa terpisah? Salahkan sebatang rokok dan sekepul asap kerana meragut kasih sayang seorang anak dari ayahnya? Susah benar ker untuk mengelak sebatang rokok demi kasih sayang terhadap orang yang anda sayang?!! 

Saya tak salahkan arwah ayah saya yang telah meninggal dunia kerana heavy smoker sampai boleh kena stroke dan hampir lumpuh separuh badan.. saya tak salahkan ayah saya sebab selepas semua penyakit tuh, ayah terpaksa menunggu membuat pembedahan pintasan jantung yang TAK SEMPAT dia jalani.. Andai masa boleh diundur.. akan saya beritahu ayah saya.. rokok buat anak-anak dia rindu dengan beliau..

Jadi salah siapa??!

SALAH ORANG PERTAMA PEMBUAT ROKOK!
(macam dah takde benda lain nak create???)


Baik pergi blogwaking je lar!
footnote: Ini FAKTA! Perokok tegar.. setting kepala anda.. asap rokok anda membunuh orang sekeliling lebih pantas dari ia membunuh anda! jangan jadi PEMBUNUH!

10 ratus ribu orang tambah perasa! :):

topek said...

:'(

cik pulau said...

hahaha.. betol2.. salahkan orang pertama yang buat rokok tu..
hohoho..!!! ^^,

b a m b a m ' s said...

@topek
ko hisap rokok kan topekkk!! jgn stop selagi tak kena stroke yer!! :D

b a m b a m ' s said...

@cik pulau
kan! nie yang nak google pencipta pertama buat rokok nie!hahahhaha

Novelgurl said...

Salam..jgn benci bilang cinta ~ hak2.

b a m b a m ' s said...

@Novelgurl
ahhahah..amboi2..jadi radja lak dia..kekekek

Lulu caldina said...

Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

b a m b a m ' s said...

@Lulu caldina
biarkannn..dah kena penyakit baru nak berhenti tuhh..kekekeke..

WANDA_ISMAIL said...

no to rokok...busuk!!!!

b a m b a m ' s said...

@WANDA_ISMAIL
amek jari telunjuk letak kat bibir n geleng kepala..heheheh.. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...