Bambam's Addicted

Ingin membina masjid tapi meruntuhkan masjid yang lain..errrmmm..

Ini TOPIK PANAS...panassss!sangat-sangat ler panas!kekekkeke..dalam erti kata lain..menjadi peruntuh rumah tangga orang lain tetapi dalam masa yang sama ingin membina rumahtangga sendiri.. Lelaki memang lar boleh kawen 4..tapi masalahnya skang..boleh ker kamu tuh tunaikan tanggungjawab dan membahagikan masa itu seadil-adilnya??!!!



Dalam soal jodoh..kita memang tak tau kan..dengan pasangan mana kita akan ditemukan..Kalau dah tahu awal-awal..takde lar kita bazir masa nak putus2 cinta bagai kan..dan kita juga tak kan tahu setakat mana jodoh kita..kekadang even yang dah berkahwin..mesti kita dah pikir yang kita akan berkahwin dan bersama sampai ke akhir hayat..tapi ada juga married couple yang hanya sempat bertahan hanya dalam tempoh beberapa saat pon ada..

Itu namanya ketentuan jodoh..dan kita juga tak kan tahu kita nie jodohnya dengan laki orang ker..janda orang ker..balu orang ker..tunangan orang ker..BF/GF orang lain ker..semua tak tau..kalau dah disuratkan ia terjadi..maka jadilah ia..tapi kita still nak salahkan pihak ketiga dengan apa yang terjadi pada kita..betol??

Jadi, apa lar yang kita termampu untuk buat..setakat menadah tangan memohon belas ikhsan pada Yang Esa meringankan beban yang ditanggung..Mungkin memang itu dah tersurat jodohnya begitu. Kita doa yang terbaik buat mereka sudah lar..Allah tu Maha Adil..

Teringat lak CB.. ada pernah terbaca... Ingin membina rumah hasil daripada bahan tinggalan rumah yang lain..setakat mana lar kukuhnya sebuah rumah itu.. :) dua pengajaran di sini. Memang lar tak seteguh dari hasil binaan yang pertama..Tapi tak seteguh yang pertama mampu diselamatkan lagi baki-baki binaan supaya tak membazir..kekekekkeke..

notakaki: Sesetengah kaum adam nie kalau bab kawen ramai pandai kata "ikot sunnah Nabi" tapi kekadang tang lain takde lak nak ikotnya.. :)

PEACE NO WAR! Hanya luahan rasa.. :)

0 ratus ribu orang tambah perasa! :):

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...