Ohhh.. Pegang khinzir ke main dok hina.. pegang gf-bf elok lak ek |
Sabda Nabi: “Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” -Riwayat Ibnu Majah-
Berdasarkan hadith di atas,
jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram
untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah
lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita.
Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang
Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina
daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang
bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!
Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara
lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang
sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing/khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu
disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan
ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya.
Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah
yang dikira sebagai dosa dan maksiat!
Celoteh Cik Bambam: laki bukan muhrim pon den tak nak pegang.. but selalunya salam kazen selalu jek terlepas.. macam mana nak tolak secara baik ek? Lebih-lebih lagi kalau dah closed cousins! =.=' Pastu bab* pon takde kuasa nak pegang jugak.. same goes to doggy.. susah lak nak samak.. esok ni nak pergi stock take.. warehouse banyak hanjenggg!! sempot makkk~!! balik stock take mesti nak kena samak all the shoes.. wuuuuu~ -.-'
14 ratus ribu orang tambah perasa! :):
betul tu..ramai org sekrang ambil mudah benda2 remeh ni
Kalau pegang yang bukan mahram takleh samak malah dapat dosa, berbanding binatang haram boleh samak..
**Tp klaua boleh elak, baik 2 2 nya tak payah kan CB :)
susahnya nak samak2 kan..dengan sepupu biasa yna lari2 jer..pandai2 la dia..hehe..kalo rapat sangat mula2 ni lapik la dulu..nt lama2 dia paham la walopun kena perli terpaksa la..:)
btoi3..=)
kat area umah aku byk anjing liar...nyampah!!
Dulu kakak sepupu (tua setahun) Arol pun selalu hulur tangan nak salam, Arol teragak-agak then tersalam jugak akhirnya. Tapi sekarang dia dah tak hulur lagi. Syukur! :)
# Betapa hinanya bila kita bersentuhan dgn bukan mahram. Ish!
a'ah/...lagi satu dgn ipar duai kan...bila duk satu rumah sshnya nak jaga aurat...
@Ila
sy pon selalu nak kena beringat..huhuh
@Myra Jay
beralas kan senang.. :P
@aNaYaNa
ehhehe.. ni nak tolak jd serba salah.. bese kasi senyum manisss ajek.. hehehe
@HaLuNa ReTrO
betol kan ipin!! hik3..
@wahida
rasa nak tembak sekor2..ahhaha.. tp mereka tak bersalah.. =.='
@Arol Mubin
kena bagi signal awal2 ek arol! hehehe
@Ct Aja
haaaaa!! sah2 kalau abg ipar ada kat umah x pakai tudung.. huhuhu..
Post a Comment