Hari Jumaat yang lalu bertarikh 8 Februari, CN dikejutkan dengan berita pemergian suami seorang teman dari Kolej MARA Kuala Nerang di atas pemergian suaminya yang baru dikahwini selama 2 bulan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sejujurnya speechless dengan perkhabaran berita ini. Tatkala baru menikmati bahagia berumah tangga, suaminya lebih disayangi oleh Allah s.w.t .
Petikan berita di SINI.
KLANG, 8 Feb (Bernama) -- Seorang pekerja maut manakala rakannya cedera parah dalam kebakaran di sebuah kilang membuat alat pencegah kebakaran, berhampiran Jalan Sungai Keramat 4, Taman Klang Utama di sini dalam kejadian kira-kira 4 petang ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Shahrul Khamar Sharifuddin, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mangsa maut di tempat kejadian setelah melecur teruk dan terbakar seratus peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata seorang lagi rakan mangsa cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk rawatan manakala dua lagi mengalami cedera ringan. Mohd Sani berkata kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang kilang berkenaan.
-- LAGI
KEBAKARAN-MAUT 2 (AKHIR) KLANG
Beliau berkata ketika kejadian terdapat 48 pekerja sedang bertugas namun hanya empat daripada mereka yang terperangkap dalam kebakaran itu. Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HTAR dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.
Katanya, tiga jentera dan 16 anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Pinang, Kota Raja dan Pelabuhan Klang tiba di lokasi kejadian pada kira-kira 4.20 petang dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 10 minit kemudian.
-- BERNAMA
Al-Fatihah buat arwah dan salam takziah buat Kech. Ya Allah, kau permudahkan lah segala urusan arwah dan tabahkan lah hati temanku ini. :'(
1 ratus ribu orang tambah perasa! :):
Takziah.. tersentuh hati seorang isteri spt saya
Post a Comment