Bambam's Addicted

Trip to South Korea | #1 Everland Park

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera!

Maaf sebab update entry bercuti ke Korea agak lambat dari yang dijadualkan.. cewah! Kerja sibuk plus internet connection yang agak hambar lately agak membantutkan kerajinan saya untuk meng-update cerita.. huhuhu.. So, entry sepanjang ke Korea ini agak ringkas dan lebih tertumpu kepada sesi mencuci mata melihat gambar.. Info ringkas sahaja yang akan dinyatakan.. Okeh! ^^,

Holiday trip kali ini CB pergi bersama emak, adik dan SIL.. Rombongan kami seramai 10 orang yang dianggotai oleh Kak Fida selaku ketua rombongan, Kak Sila, Kak Yana, Shaida, Yani dan adik Ahmad.. Lelaki tunggal yang mengikuti rombongan ini berumur 16 tahun dan berseorangan kerana ibunya telah membatalkan rancangannya di akhir masa kerana urusan kerja.. but Ahmad still on! hehehehe..kesian lar beliau.. dah lar sorang jek laki.. pemalu pulak tuh..huhu



Kami bertolak pada malam 22 Apr 2012. Selamat sampai ke  Airport Incheon jam 7 setelah berada 6 jam di dalam pesawat.. Lenguh pungguk ang tauuuu~ Sampai pagi tuh.. kami kena tunggu mini bas sebab driver dah diberitahu jangkaan waktu ketibaan kami ialah pada pukul 8.. so kena lar tunggu kat luar airport tuh.. mulut berasap wehhh.. sejukkkk~ suhu lebih kurang 13 darjah celcius..

Everland Park!
Setelah bas sampai.. kami bergerak ke Everland Theme Park yang mengambil masa hampir sejam dari airport.. Dekat sini, if korang nak pergi boleh dapat diskaun kalau korang print discount coupon di SINI.. Tiket masuk adalah 37,000 won selepas diskaun atau 40,000 won for normal price... Kalau convert.. RM120 tiketnya ngko!!! Tapi sangat berbaloi.. sebab view dia marveles giler lah!

Bunga macam bunga tipu! tapi percayalah ia adalah bunga sebenar! huhuhu
Kita orang berada di sini dari pukul 10 pagi sampai lar 7 petang.. Makan dan minum sila korang bawa sendiri sebab makanan halal memang tak ada melainkan pop corn dan sotong goreng.. yang lain semua pork, pork dan pork.. =.=' air okeh lar nak beli coffee or hot choc.. sebab time kita orang pergi memang tengah dingin sejuk..

Dekat sana korang boleh masuk zoo... zoo kat sana lain sikit ngan Malaysia.. tak tahu lar kenapa binatang dia kat sana semua bapak besau! Bear tuh.. lagi besar dari bas! singa dan harimau dia pon sama besar.. Kat sana korang boleh que naik bas.. dia bawa kita pergi jenguk all animal yang ganas tuh.. wild animals dekat luar berkeliaran tapi kita naik bas yang bertutup and jalan-jalan dalam kandang dia.. gempak weh! kalau korang terlepas dari bas tuh.. memang jadi rendang lar dorang makan berjemaah.. =.='



Muka ganas.. tapi macam nak pelok jek masing.. comel lagi dari anak kucing! aahhaha..
Then.. kita orang pergi Four Season Garden.. Disebabkan sekarang musim bunga.. so bunga aje lar korang nampak.. berwarna-warni.. pelbagai jenis bunga!

Four Season Garden

Then.. dapatlah peluang tengok bunga sakura!! Bunga ni mekar sekejap jek.. bukan sepanjang musim bunga.. tapi rezeki datang tuh.. dia memang nak gugur dah.. so dapat lagi lar tengok.. cantik pokoknya.. bunga memang over dari daun! ehhehehe

Bunga sakura~

Jalan ber-sakura.. hahaha.. suka hati aku jek nak buh nama apa! :P
Pastu.. bagi anak-anak muda.. korang boleh la riadah dengan pergi theme park.. siyes beb.. daku tak naik banyak.. sebab mainan dia memang banyak yang extreme! hahahaha.. daku kan penakut.. kat sini ada roller coaster paling curam di dunia.. haaaa.. roller coaster kat Genting pon dah kecut perut.. nak naik kat sini pulak??!! minta simpang lar!

Hanya berani naik cable car sahaja.. keh keh keh
Seterusnya.. korang tatap gambar jek lar.. Nak pilih gambor pon jenuh.. 900 keping compiled jadi berapa sekarang? Phewww~ 

What's up yooo~!

Prince & Princess of Flower..

Beluncas girls~ =.='

Lil girl Korea... cuteeee giler!

One of the building design! Macam dekat Disneyland rasa!

Aiskrimmmm!!!

Welcome to Holland!Sekejap jek dari Korea to Holland! hahaha


Tulipsss..

Bunga-tak-tahu-nama

A thousands of tulip!



- End of Everland Park -

Bas kami..comel tak?? driver bas kami pon comel.. ahhaha

8 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Sunah Sakura said...

bunga sakura saya manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa????????????????????

shandye. said...

kelas kau jahh... berchooti sakan ke korea bagai.

tercabar mak.

hahahaha...

=)

Cik Bambam said...

@Sunah Sakura
adaaaa...gambar jek lar..huhuhu.. lupa lak nak culik bunga tuhhh!!! ingat kat seoul ada.. hari tuh melambak kat suwon tp x petik lak..huhuhu

Unknown said...

bestnya CB!huhu,....teringin nk p zoo tu je,hee..camno la kalo haiwan2 tu mganas:)

Anonymous said...

cantiknya bunga tulip. berkaler-kaler..

Sunah Sakura said...

@Cik Bambam

hahaha~ okieee~

Mama Zharfan said...

windunya kat bunga2 sakura tu....

amiey lee said...

wahh besttt nye pegi sini...betul2 best

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...