Bambam's Addicted

Dorang kata dorang faham..

Cuba kau cerita dekat aku.. apa sebenarnya masalah yang merunsingkan kepala kau sangat nie?


Aku bukan tak nak cerita.. aku rasa kau tak akan faham..

Mana kau tahu aku tak faham? Kau cerita pon tak?!

Kau rasa kau boleh faham ker?

Try me!

Kau tahu ker? Kenapa rezeki setiap manusia berbeza? Aku cari rezeki siang malam semata-mata nak merasai kehidupan aku lebih senang.. compared sesetengah manusia yang kekadang memang dah dilahirkan dengan kekayaan dekat dunia. Maksud aku.. dorang beruntung mak bapak dorang kaya.. tapi bukan aku?! Kau faham tak?

Kau tahu tak.. Kenapa kadang-kadang perjalanan hidup manusia.. ada sesetengahnya aku tengok dorang senang jek hidup.. manakala ada pula manusia.. dia bersungguh-sungguh untuk membuat hidup dia teratur tapi hakikatnya.. sedikit pon tak terletak di garisan yang dia nak?

Kau tahu tak.. aku tengok kawan-kawan aku.. senang jek dapat jodoh dan sekarang dah beranak-pinak.. Bahagia betul dengan pasangan masing-masing. Tapi aku.. dapat jodoh jugak lar.. tapi dalam games The Sims jek.. tapi minggu lepas partner The Sims aku pon dah break up! camano tuh?

Kau faham tak.. kekadang aku rasa aku dengki giler ngan manusia yang dok update status 24/7 yang dia bahagia dengan kehidupan dia.. hakikatnya aku.. aku tak faham apa yang dia bahagia sangat! Kau faham tak kenapa dia bahagia sangat tuh?

Kekadang aku tak faham.. Kenapa aku sakit.. orang lain sihat walafiat.. hakikat hidup.. dorang yang sihat tuh.. bukan baik mana pon.. 

Kau faham tak kenapa?

Betul la aku tak faham.. kenapa kau tanya soalan macam ni Aida?

Sebab tadi tulis entry nak mengenang nasib yang tak berapa nak baik.. Pastu aku pon dok google tajuk Bersyukur Atas Nikmat Allah s.w.t dekat SINI...

Teroknya aku.. =(
Jadi.. aku mula lar nak faham.. kenapa aku tak faham dari dulu nasib kita semua tak sama.. sebab semua tuh rahsia Allah s.w.t. Kita tak tahu bila nasib kita aka berubah kalau kita tak berusaha.. Nasib kita tak akan berubah kalau kita asyik berfikiran negatif. Hidup kita juga tak akan berubah kalau kita berdengki dengan orang lain..dan yang paling utama.. Kita kena belajar bersyukur.. itu yang aku faham lar.. tak tahu lar dengan pemahaman korang kan.. ^^,


Jom tengok kain cotton and cadar cantik-cantik dekat sini! Klik gambor! klik! ^^,









4 ratus ribu orang tambah perasa! :):

dwaty said...

SETIAP ORG ADA BAHAGIAN MASING2... TU YANG AKU PAHAM... HEHEHE

Aziela said...

Suka buat dramatik mcm nie kan..? Hah..dah paham dah pe'el CB..heheheheheh

Cik Bambam said...

@Aziela
erkkk..akak faham apa? heheheh

Detective Fiqa said...

semua yang berlaku pasti ada hikmahnya :)
kadang2 manusia ni tak bersyukur apa yg dia ada.
apa2pon byk moral yg sy dpt bila sy bace ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...