Bambam's Addicted

Malaysia nan INDAH!

1 Malaysiaaa!!

Dulu zaman kecil.. aku duduk kawasan taman perumahan berbilang bangsa.. semestinya ada Melayu.. sebab mereka bangsa paling ramai di Malaysia.. Jiran sebelah kiri rumah aku orang cina.. dia ada anak 3 orang.. Aku panggil dia Uncle and Aunty.. Dorang jual alat-alat elektrik.. Sebelah kanan rumah aku pula orang Melayu.. baik orangnya.. kekadang hujan selalu angkat kain sidaian masing-masing kalau orang takde kat rumah..

Depan rumah aku  pon ada family berbangsa cina duduk.. Ada 4 orang anak.. anak bongsu dia tua setahun dari aku.. aku panggil dia Kak Ming Ming.. Dia pandai.. dia ajar aku main badminton dengan alatan muzik rekorder.. alar.. yang macam seruling tuh! dari zero basis sampai pandai aku main mende alah tuh.. bagus kan cikgu aku tuh! :)

Sebelah rumah Kak Ming Ming pula ada bangsa campuran yang duduk.. aku pon tak tahu nak panggil gelaran apa.. sebab aunty cina.. uncle macam Indian sikit..tapi ada adik-beradik dia yang kahwin ngan Melayu jugak.. So memang every year.. aku tengok rumah dorang nie, semua perayaan dorang sambut. Aku pernah datang raya Chinese New Year! Christmas! Deepavali! seronok sangat..!!

Kawan-kawan aku yang lain pula.. ada juga bangsa India yang duduk dekat jalan lain.. Dorang 2 beradik.. sorang nama Wani and abang dia sebaya dengan aku nama Kumaran.. tiap-tiap petang kita orang semua akan berkumpul untuk main sama-sama.. memang MAJMUK! ada melayu.. ada cina.. ada india.. Tiap kali raya.. mesti kita orang akan raya rumah masing-masing. Pastu lawat jiran tetangga yang lain.. Bestnya setiap kali rayaaa!! time Chap Goh Mei.. aku tolong jiran nyalakan lilin Tang Lung! time Deepavali.. aku tolong tengok je lar kawan-kawan India aku buat apa tuh..kolah ker apa? yang tabur beras kalerful tuh!! 

Nak kata baik selalu tak jugak.. Kekadang ada jugak perselisihan faham.. itu biasa lar.. Negara apa tak dilanggar garuda kan??!! tapi tak pernah la pulak sampai nak amek kayu, parang ngan machine gun untuk tembak kepala masing-masing!!! Semua boleh bawa berbincang baik-baik kan..

Ada satu hari.. kami pergi ke taman.. nak main kejar-kejar dekat playground. Sekali tengah aku nak naik tangga... aku dihalang dua orang budak cina.. dia tak kasi aku main kat situ.. katanya kawasan dia! padahal itu kan tempat umum.. sampai nak tolak-tolak aku jatuh tangga.. huishhh.. perang mulut lar jugak kan.. sekali datang Kak Ming Ming.. dia yang jadi penyelamat aku.. cakap ngan budak-budak cina tuh.. kami pon nak main jugak.. at last dorang pulak yang bertekak.. Nasib baik ada abang-abang dekat padang.. datang leraikan dan halau budak cina yang nak cari gaduh tuh!!!

Tapi...

Itu cerita dulu.. dah masuk sekolah menengah.. semua bawa jalan masing-masing.. yelar.. masing2 ada hal kan.. ada dunia yang lain.. tapi still berkawan lagi.. Masa Form 4 pulak boleh sekelas dengan Kumaran.. so memang dah kamceng dari awal lar.. tapi perasaan malu tuh ada dah skang.. yelar.. masing2 dah jadi teruna dan dara! ha ha ha ! Last year highschool.. dapat pulak kelas moral.. campur semua bangsa.. memang meriah walaupon bising nak mam***! Dapat pulak penolong kelas yang garang macam aku nie.. lagi lar masing-masing makan amarah aku jek!! kekekekke..

MERDEKAAAA!!

Tapi itu cerita dulu.. Sekarang nie.. Malaysia macam dah tak aman.. semua hanya kerana politik.. politik dulu dengan politik sekarang lain.. politik dulu berganding bahu sesama bangsa untuk bebaskan Tanah Melayu dari jajahan anasir luar.. politik sekarang pula semua orang nak tunjukkan yang mereka adalah benar.. Politik dulu setiap bangsa boleh berunding duduk semeja dengan aman.. sebab semua nak bebaskan diri dari ancaman luar.. politik sekarang walaupon dah merdeka tapi hati masing-masing memberontak nak kan yang lebih.. Kekadang kita kena bersederhana.. sebab kita kan belajar.. Orang tamak selalu rugi.. 

Kenapa waktu ini boleh berbaik?
Ini hanya suara hati aku.. kisah benar dari aku sendiri.. aku rindukan Malaysia yang aman macam dulu.. kalau nak bicara soal politik bersih.. aku percaya.. mana-mana kerajaan tak akan ada politik bersih.. mahupun kerajaan ataupon pembangkang.. sebab kita semua sama saja! kita semua manusia..walaupun lain rupa lain fizikal.. lain juga hatinya.. tapi kita nie.. yang dah belajar SEJARAH.. kita belajar macam mana sesebuah negara itu maju.. dan macam mana sesebuah negara itu jatuh kalau kita tak bersatu padu kan.. Pegang lar pada sejarah.. bukan bermakna kita menoleh ke belakang.. tapi kita mengambil iktibar.. yang pasti.. kita tak nak kejadian 13 Mei berulang kembali.. Wake up Malaysian!

Kenapa orang-orang dulu boleh bermuafakat untuk capai satu keputusan yang besar tapi kita sekarang nie TIDAK??!! Sebab semua EGO tinggi melangit!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

5 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Unknown said...

hmm entahlah. tak berpengetahuan dlm bidg ni, tp bersyukur malaysia masih aman

Nurul Jannah said...

rindu malaysia yg aman harmoni :(

Kamil Kahar said...

setuju sangat2...nice entry... :)

AYuNG said...

sbb masing2 gila kuasa!

suria lekatlekit said...

politik sekarang yg ada kuasa di atas, yang krg kuasa di tindas.. tu je saya nampak & paham

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...