Bambam's Addicted

Kita semua bermula dengan asas TAK TAHU..haaa..jangan lak TAK TAHU!

Takde perkara yang kita buat kat dunia nie.. lahir-lahir jek dah tahu.. tak kan kita tahu menulis kalau parents kita tak ajar pegang pensil.. tak kan kita tahu makan kalau kita sendiri tak cuba untuk suap dalam mulut sendiri.. yerr.. orang lain senang cakap...

"Kau dah pandai.. apa kata kau tolong buatkan untuk aku.."
Okeh lar.. untuk 1st time aku boleh consider lagi lar.. nak dapat pahala tolong.. tapi kalau dah masuk 3-4 kali suruh buatkan.. ehhhhhh.. baik kau bayar aku komisen aku dah buat nie.. bukan nak berkira tapi kita pon kekadang habiskan masa dan tenaga kita demi orang lain tapi menepikan kehendak dan keperluan kita sendiri.. terus jadi tak ikhlas menolong kan.. pahala dicari.. dosa lak datang menyinggah.. -.-'

Certain people nie, senang jek bagi alasan TAK TAHU dengan TIDAK MENCUBA terlebih dahulu.. Bukan rugi pon mencuba.. Takda orang buat kali pertama terus menjadi lar.. mesti ada kali kedua, ketiga, keempat or kau kira lar sampai nombor berapa pon.. cuba buat sehabis daya and seusaha yang boleh.. takde lar kita nie asyik nak tebal muka minta orang lain tolong..

If tak tahu pon, kalau kita minta tolong orang ajarkan pon, takde orang berat hati nak ajar melainkan kau asyik nak minta orang tuh tolong buatkan 44 kali tau.. Kita nie bukannya kedekut ilmu pon.. sharing is caring kan.. cuma kekadang sebal jugak lar asyik nak minta tolong kat kita jek.. yang dia dok tepi menantikan benda tuh siap.. pffftttt~ siyes daku annoying giler orang yang tak reti nak mencuba nie..

Kalau orang tanya daku pon.. daku ajar sekali dua jek.. then kali ketiga dia suh buat juga.. memang selamba badak air jek daku bagi tahu dia suh buat sendiri.. tak tahu meh aku ajar.. sampai bila kau nak jadi tak tahu? aku pon minta tolong orang ajar.. aku pon explore sendiri kat dunia internet nak belajar.. mak aku pon tak suka kalau aku asyik minta jek tanpa belajar.. aku memang dari dulu suka explore sendiri and kalau memang betul aku tak tahu baru lar aku minta tolong orang lain ajarkan..

Cuba lar mengerti.. ilmu kita tak berkurang kalau kita sebarkan pada orang.. jangan lar pulak kau lokek nak ajar orang lain sebab takut orang plagiat hasil kita.. kau percaya tak pada REZEKI MASING-MASING? and kita nie pulak.. jangan lar MALAS nak EXPLORE benda baru.. yang paling teruk pon kau hanya merasai KEGAGALAN yang pastinya kau akan temui KEJAYAAN pada besok hari..

Lecturer aku dulu pon pernah cakap.. jangan takut untuk mencuba.. Aku kata kat dia.. saya takut nak install macam-macam software dalam PC.. takut dengan virus.. kang habis laptop saya.. dia pon cakap.. apa yang kamu takutkan sangat dengan virus tuh.. paling teruk pon kamu boleh format balik.. hehehehehehhe.. meaning.. Jangan takut untuk mencuba sebab pengalaman yang dapat lebih bermakna.. :) 

Or kalau korang takut untuk mencuba.. cuba fahamkan tiap bait ayat-ayat kata pujangga ni..

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

“Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha.”


“Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

“Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya.”

“Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri.”

Imam al-Ghazali berkata: “RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa.” “Do what you can with what you have right where you are.” - Henry Truman.


- Sekian! -

Footnote: I'm not dedicate this entry to somebody but telling myself not to depends to anyone unless I think it should! At least I tak jadi macam tikus membaiki labu kan! :P


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 ratus ribu orang tambah perasa! :):

AesyaZealous said...

betul2..kene rajin explore..kalau dh suruh byk kali tu,, amboiiii banyak cantikkkkk

tomato said...

oyeshh ! betol ! mmg annoying gilos ! hehe

keep trying and never give up kan ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...