Bambam's Addicted

Ayam KFC baru.. perisa tapak kasut!


Terus aku nak copy lawak sepah..

Sedapnya ayam KFC nie.. tapi sayangnya perangai awak tak sedappppppppppppppppp!!!

Saper ajar makanan letak kat kasut? Parents tak ajar kan? Cari rezeki dengan macam tuh.. orang lain makan ada perasa tapak kasut awak.. bersih sangat ker kasut awak tuh??!!!

Pffttttttttttttttttttttttttttttt~!!


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8 ratus ribu orang tambah perasa! :):

solomolo said...

abesla ramai yg boikit kfc lepas ni...

EZAN IDMA said...

sesuke ht die jeee

AYuNG said...

kentaki letaknya di kaki??
harus kena kaki budak tuh...
hahahha

ejulz said...

macam s**l je mamat tuu.. dia xtau rezeki halal haram kot.. bnyk kali dia buat camtu, tgk laa pembalasan yg dia dpt nanti..

LoLLa AdeLLa said...

kak ! miss u ! ! muahhahahah . soryy lame sangat tak on9 , huhu . seminggu lagi lola on9 balik .. hadiah tak dapat lagi taw !

marina anakcikbob said...

aku baru je sumpah diorang jadi batu. nak2 masa bawak motor kan. plink! jadi batu. kejung atas motor, terbabas. terus berkecai xditemui. hahahahaa.. eh, mcm kejam sgt pulak.

KFC Malaysia said...

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

b a m b a m ' s said...

kan pengarah urusan KFC dah bersuara! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...