Usah di kesal yang berlaku
Saat ku lafaz kata pemutus
Tiada gunanya segala alasan
Takkan ku berundur walau seketika
Tak perlu merayu pada hati ini
Tak perlu lagi aku menangisi
Takdir menentukan kitakan berpisah
Terimalah hakikat cinta kita
Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Di hiris pilu
Jiwa meronta hiba
Tak bisa putuskan kemahuan hati
Yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah daku dari derita
Usah disebut kisah yang lalu
Tertutup sudah pintu hatiku
Cukuplah bagi ku Tuhan Maha Esa
Hanyalah dia penawarku
Terdengar nyanyian Dayang Nurfaizah malam tadi dekat Segmen radio yang paling CB minati.. cer teka cer teka??? yer.. SURIA CINTA.. pandai korang! dah boleh baca CB mcm mana ek? :P
Hati nie dah lupa.. lupakan dia.. tapi last week isu nie berbangkit lagi.. Kenapa nak ungkit cerita lama..?? Lebih syahdu lagi bila ibu sendiri yang mengungkitnya..
Daaa, macam mana ngan si polan tuh? Apa cerita? Dia ada contact kau lagi tak?
Apa mak nie.. tiba-tiba tanya pasal dia? Orang dah tak contact.. orang SURUH jangan contact orang lagi.. buat aper nak berkawan dengan orang yang TAK JUJUR dan tak ada KEPASTIAN?
Terus daku berlalu pergi masuk dalam bilik.. Sumpah aku dah lupakan dia.. aku tahu mak risaukan aku.. lebih-lebih lagi bila dia dok dengar anak jiran kahwin.. hujung bulan nie pulak.. my close cousin pulak nak kahwin.. same age dengan daku.. hati ibu mana tak pasrah tengok anak dara dia bersendirian kan? Sesungguhnya aku sukar untuk bicara hal ini dengan emak.. Forgive me.. =|
Mak, kalau cinta itu boleh dibeli.. dah tentu aku menjadi orang yang berusaha keras mengumpulkan duit untuk membeli sekeping hati yang ikhlas.
Mak, kalau cinta itu boleh dilihat dalam HATI seseorang.. sudah lama aku beli sebuah mikroskop untuk aku teropong kehilangan hati yang sebelah ini.
Mak, mak tahu tak.. Kita dilahirkan mempunyai sepasang kesemuanya.. Bukan aku bicara pasal ada lelaki dan ada wanita.. Memang itu dah dinyatakan oleh Tuhan.. Tapi Tuhan tak pernah cakap hati kita sepasang kan? Padahal tangan kita ada sepasang. Kaki kita ada sepasang, Mata dan telinga kita jugak ada sepasang. Tapi kenapa hidung dan mulut tidak sepasang mak? yang penting HATI kita juga tak sepasang.. Walhal paru-paru diciptakan sepasang juga..
Akibat terpengaruhnya aku membaca sebuah novel, penulis itu sendiri menyatakan teori cinta. Hati kita juga sepasang. Kita cuma tak jumpa lagi hati kita yang satu lagi untuk diminta balik hati ini semula, dan kemudian diserahnya semula dengan penuh ikhlas pada si pemilik hati itu tadi. bukan? Alangkah bersyukurnya si pemilik sepasang manusia tadi telah menemui sepasang hatinya semula. Ya, dia beruntung kerana masa dicari barangnya yang hilang tak lama.
Cinta jangan diungkap kalau kita sendiri tak pasti apa kesudahannya..Hakikat cinta itu pedih.. memang pedih.. hanya PEDIH jika pada orang yang SALAH.. ia akan jadi MANIS kalau orangnya itu adalah PASTI.. :)
Saya tahu si dia ada dekat luar tuh! :) Dia sesat kot ek..hehehe |
0 ratus ribu orang tambah perasa! :):
Post a Comment