Orang kata bumi bulat.. tak payah dengar cakap orang..sains pon dah buktikan bumi tuh bulat.. tapi tak bermaksud ia bulat macam bola.. even bulat-bulat si bola di tengahnya ade lekuk untuk dicucuk angin kan!
Kita nampak jek tubuh kita belah kiri dan kanan sama.. tapi hakikatnya.. salah satu pendek/panjang sedikit dari yang satu lagi.. tangan kiri lagi panjang dari tangan kanan ek? ker dah tertukar?
Walaupon mata dan telinga fungsinya tak sama.. mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar.. tapi kalau korang pejam mata.. tak balance badan tuh jugak.. sama jugak kalau korang tutup telinga.. sebab mata dan telinga mengawal keseimbangan badan kita..
Apa yang cik bambam cuba sampaikan pon dah tak tau motif sebenar.. hahahah.. tetiba terfikir pasal 3 perkara nie.. maybe apa yang CB cuba nak sampaikan adalah..
Kita selalu mengeluh dunia nie tak adil.. mungkin sebab kita rasa dugaan yang menimpa diri kita lagi besar dari dugaan orang dekat luar.. tapi tahukah kamu betapa kecilnya dunia yang kamu lihat sekarang berbanding dengan alam semesta yang Tuhan dah ciptakan nie sampai begitu cetek konklusi yang kamu boleh buat?
Kita rasa ada orang yang diciptakan tidak berkepentingan seperti Mat rempit, Peragut, penjenayah.. and wat so ever lar kan.. kita sedap-sedap maki dia.. hina dia.. tapi tahukah anda orang yang anda rendahkan martabatnya itu mungkin saudara kamu sendiri atau lebih sedih lagi.. ia merupakan anak kepada ibu yang tengah kesedihan meratapi dirinya tidak bertuah memiliki anak yang lebih cemerlang? Sedihnya si ibu tadi.. anaknya berperangai tidak seperti yang diidamkan malahan dikutuk oleh orang lain lagi..
dan pernah tak anda terfikir.. benda-benda di sekeliling kita.. yang kekadang kita katakan ia sampah.. tapi merupakan barang berharga bagi orang lain.. macam nasi tak sedap kerna kekurangan garam lalu dibuang oleh pembeli menjadi santapan enak bak KFC oleh orang yang merempat di tepi jalan?
Macam entry belog juga.. orang boleh kata entry kita entry sampah sebab takde nilai moralnya pada orang lain.. tapi pernahkah anda terfikir yang kekadang ENTRY SAMPAH TUH MAMPU BUAT ORANG YANG BERDUKACITA KEMBALI TERSENYUM??
Kesimpulan.. takde benda yang diciptakan oleh Allah s.w.t adalah perkara yang sia-sia.. or should i say..
GOD DOESN'T MAKE JUNK!
and setiap entry yang tertulis di blog saya mahupon orang lain bukanlah entry SAMPAH.. sebab kekadang kita nie sampai takde idea nak menulis.. tapi still nak menulis kat sini sebab kita dah terbiasa dengan keadaan itu.. walaupon dengan ucapan SELAMAT MALAM dijadikan sebaris ayat.. ia tetap di nilai sebagai satu entry.. sebab lagi pendek ayat yang kita cipta tuh sebenarnya bertambah sukar untuk kita luahkan.. try luahkan I LOVE YOU pada orang tersayang lebih sukar daripada memberi 1000 alasan untuk kenapa ia jatuh cinta.. bukan ker? =)
0 ratus ribu orang tambah perasa! :):
Post a Comment