Bambam's Addicted

Gempa Bumi di Jepun! Boleh pulak di buat main-main!

Cik Bambam memang tak update baca news.. Kekadang tau berita dari blog jek.. baca entry orang lain.. sadis tak? baca paper pon jarang.. then bila tadi ada rakan FB update ada gempa bumi melanda Negara Jepun mula lar macam tergamam kejap.. then ada yang cakap memain..dorang leh cakap ada SERANGAN RESAKSA dan OTOMEN melanda JEPUN.. Tak rasa nak hempuk ker??! (okeh.. kelakar mula-mula jek lar kan)

Ini CERITA BETUL okeh! jangan korang ingat otomen menyerang lak.. kang CB anta otomen kat bawah nie FIREEE korang lak! sila baca news di bawah..

KUALA LUMPUR: Tiga gempa kuat yang berukuran melebihi 6 skala Richter melanda Pantai Timur Honsu, Jepun sejak 2.16 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi. 

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini, gempa pertama pada 2.16 pagi yang terletak 37.6 darjah utara dan 141.7 darjah Timur, kira-kira 4,931 km dari Timur Laut Kudat, Sabah dan berukuran 6.4 skala Richter. Pada 2.44 pagi satu lagi gempa kuat berukuran 6.2 skala Richter telah menggegarkan Pantai Timur Honsum iaitu di 38 darjah Utara dan 143.6 darjah Timur, dan pada 5.24 pagi satu lagi gempa berukuran 6.6 skala Richter melanda tempat yang sama.
 
Pada waktu yang sama, satu gempa kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda New Britian Region, iaitu salah sebuah pulau di Papau New Guinea, yang kira-kira 3,677 km dari Tenggara Kunak, Sabah. Menurut jabatan itu, gempa bumi ini tidak mewujudkan ancaman tsunami kepada Malaysia. -- BERNAMA

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

Ada yang update.. 8.8 skala ritcher and mungkin dilanda Tsunami.. Mayb effect Hawaii.. Moh lar kita doa bebanyak yer kawan-kawan.. hurmmmmm..Nak tengok video pon leh.. KLIK SINI ek!


8 ratus ribu orang tambah perasa! :):

najwa's said...

semoga semuanya selamat kat sana. amin..

b a m b a m ' s said...

@najwa's
aminn~

dwaty said...

rakyat malaysia pun ramai kat jepun tu...

b a m b a m ' s said...

@dwaty
yelar... student byk situh kan.. :(

amira azhari said...

masa tengok berita tadi...tskut sangat .kereta2&bangunan sume kene hanyut dek air.

b a m b a m ' s said...

@amira azhari
takot kannn... :( doa lar kita byk2..

srikandi cinta said...

insya-Allah,semua slmt

b a m b a m ' s said...

@srikandi cinta
mudah2an.. aminn~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...