Bambam's Addicted

Bercinta, bertunang dan berkahwin..tapi masing-masing dengan pasangan yang berbeza??!

Semalam pergi wedding kawan... cerita pendek macam dalam tajuk lar.. bercinta dengan orang lain... bertunang pulak dengan orang lain.. then berkahwin pula dengan orang lain!! sampai orang pon kompius.. kenapa tunangannya tak sama dengan pengatin pada hari itu..

YES! mulut orang memang tak kan putus mengata.. and kita boleh dengar macam-macam version of stories.. si mamat tuh kot prob.. main kayu tiga.. ehhhh tak lar.. minah tuh lar.. tak nak kawen lagi kot.. tapi kalau korang tanya cik bambam.. kenapa jadi cenggituh?? senang jek CB jawab!


KITA HANYA MERANCANG.. TUHAN YANG MENENTUKAN.. JODOH, AJAL DAN MAUT SEMUA DI TANGAN TUHAN.. KALAU DIA MENGKEHENDAKKANNYA..MAKA JADI LAH IA~

Bukannn? kita memang harapkan orang yang kita bercinta sekarang menjadi pasangan hidup kita.. tapi kekadang Allah tuh aturkan perjalanan hidup kita yang jauh berbeza yang dari kita dah plan dari awal.. cinta tuh tak kan dikira dari bertapa panjangnya usia perkenalan seseorang itu.. tak akan dinilai dari sebanyak mana harta seseorang itu... dan hanya dilihat..kesudian mereka dalam menerima baik buruk pasangan masing-masing sehingga ke akhir usia..

Kekadang.. kita kenal lama orang tuh pon.. bukan bermakna kita kenal dalam dan luaran orang tuh.. and walaupon sesingkat mana perkenalan sesebuah hubungan tuh.. tak bermakna juga orang itu tak boleh dipercayai.. semua terpulang pada hati masing-masing untuk menilai..menaruh harapan dan memberikan kepercayaan kepada insan yang lain..

Kalau korang bertanyakan CB.. adakah CB tergolong di dalam golongan yang mana? CB hanya boleh memberi jawapan.. 

Yer saya boleh percayakan awak.. tapi hanya 60%.. 40% untuk langkah berwaspada.. sebab CB dah pernah percaya seseorang tuh lebih dari 60% dan pada akhirnya sebuah cerita.. it's just a BIG FAT LIAR! Soal jodoh pulak.. tak boleh nak dinilai dari segi tempoh perkenalan kan.. macam orang selalu cakap..

Kita hanya mengambil masa...
Satu saat untuk mula suka seseorang,
Seminit untui membenci..
Satu jam untuk jatuh cinta,
Satu tahun untuk mengenali..
dan seumur hidup untuk melupakannya..

SPREAD THE LOVE BABEHHHH~! =)

6 ratus ribu orang tambah perasa! :):

rubi @ cawan2 said...

bestnyer..
bercinta, bertunang, kahwin, skandal, semua dengan orang lain. heheheheh

Zura said...

suke madah tue..mmg berthun2 nk lupekan seseorang tue..

deeya said...

euuuwww ! susah nak percaya pada lelaki .. hope cik bambam dan cik deeya jugak dapat jumpe bakal suami yang beriman & b'tanggungjawab . nak kawen jugak ! gatal an ?? :p

b a m b a m ' s said...

@rubi @ cawan2
erkkk??!! besttt..sabau jek lar..hahahaha... ade baik n buruknya dik non..hehehe

b a m b a m ' s said...

@Zura
kannnn..hehhehe

nie mesti kes patah hati nie..susah lupa ex-bf!ehhehe

b a m b a m ' s said...

@deeya
iskk deeya..tak jugak..kekadang dakh ditakdirkn mcm tuh...semua org xnk kejadian gituh.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...