Manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan..kalau manusia tak melakukan kesilapan..nescaya beliau bukan manusia..dan bila manusia melakukan kesilapan kebiasaannya akan meminta maaf kan?tak kira pada Maha Pencipta ataupun sesama manusia..dan kita sebagai seorang manusia selalu inginkan kesempurnaan..walaupun memang pastinya dunia kita tak akan sempurna..tapi apa yg kita boleh harapkan lagi walaupun hanya mampu berusaha untuk mencari sebuah kesempurnaan kan?
Kesalahan dengan Tuhan boleh lar kita meminta maaf dengan-Nya..tapi kesalahan dengan manusia hanya boleh dimaafkan oleh manusia yg telah dilukainya tadi..korang pernah dengar tak kisah2 ambia..atau kisah2 nabi yang pasal seorang hamba Allah yang tak dapat masuk syurga hanya kerana kesalahan nya dengan seorang hamba Allah yang lain tidak dimaafkan..sehingga hamba Allah itu terpaksa mencari ke seluruh Padang Masyar yang terbentang luas itu untuk mencari sebuah keampunan?aku pon tak ingat sangat ceritanya..ingat-ingat "ayam' jek.. :) tapi point of the story dah dpt kat situ kan?
Okeh..berbalik kepada setiap manusia yang melakukan kesilapan tadi..kadang-kadang kita khilaf..kita tak sedar yang kita ni melakukan kesilapan..kita melakukan kesalahan..kita tak akan tahu kadang2 kita telah melukakan hati seseorang..dalam kes mcm nie..jalan penyelesaian yang boleh diambil bagi 2 belah pihak ialah menegur kesalahan di antara satu sama lain..jadi kita harus menerima dengan hati yang terbuka setiap teguran orang di sekeliling kita..betol tak?tapi tak semua manusia mampu menerima teguran..sama jugak mcm aku..kekadang aku rasa teguran certain people tuh melulu and nonsense dan haruslah aku bangkang..tapi bila kita bangkang..jadi rude pulak...
Kesudahannya..masing2 tak nak beralah..masing2 tetap ego dengan pendirian dan prinsip sendiri..kalau kes macam ni..apa gaya and ending of the story?kalau aku..?let bygone be bygone..errrr..betolker?hahahhaha..lebey kurang lar gituh bunyinya...ataupun let time heal everything..and aku rasa ini pendekatan yang aku selalu ambil..biar masa yang menentukan..sampai pada satu tahap..kita akan melupakan apa yang terjadi dan membuka lembaran baru dan mula untuk melupakan apa yang terjadi..saampai pada satu tempoh masa..sehingga masa itu berjaya merubat hati yang terluka..kita akan terkenang peristiwa tersebut..dan percaya lar...kita hanya mampu ketawa atas semua yang terjadi dan ia merupakan satu jenaka buat kita pada masa akan datang..
Itu menandakan yang kita ini makin meningkat dewasa dan hanya ketawa terhadap ke-childish-an perangai kita...semakin meningkat umur kita semakin kita matang..itu pasti..bila kita semakin matang...kita juga akan bertindak matang dalam setiap permasalan kita..dan itu juga pasti..jadi apa yang kita act nowadays akan di-improvise dari semasa ke semasa..dan yang pasti..itu juga pasti..jadi jangan lar takut untuk melakukan kesilapan..sebab ia mengajar kita lebih matang dan lebih berani untuk menempuh masa hadapan..bukan?
Sekian dari Prof. Dr. Bambam
nota kaki: Penulisan aku pulak semakin matang?apa kes?aku kan kanak2 ribena!!hahhahaha
0 ratus ribu orang tambah perasa! :):
Post a Comment