Semalam pergi tengok ngan member dekat Tropicana City Mall.. serius den suggest korang pergi sana sebab boleh tengok wayang tanpa kesesakan orang ramai..!hahahaha~ shopping complex baru..so orang pon tak ada nak sangat.. kedai-kedai pon okeh jugak kalau nak shopping.. but a lil bit more costing compared than Times Square lar kan!But memang layan lar tengok wayang sana.. beratur tak sampai 10 minit pon u olls~! :P So tak payah nak sesakkan The Curve dan Ikea yang memang sesak kalau nak tengok wayang saja! ^^,
Okeh-okeh.. meh nak story pasal cerita Immortal yang berkisarkan pada zaman lama Greek di mana terdapat kekuasaan Dewa-dewi dorang Zeus.. Athena.. pastu banyak lar lagi.. Cerita asalnya bermula bila Raja Heraklion ni mengisytiharkan perang terhadap Dewa-dewi Olympus kerana tidak menjawab doa mereka untuk menyembuhkan penyakit isteri dan anak-anak mereka. So, Raja ni marah lalu ingin mencuri Epirus Bow untuk lepaskan Titans iaitu satu kumpulan kuasa jahat untuk menghapuskan dewa-dewa tuh semua.
Menurut rules dewa-dewa nie.. dorang tak boleh lar nak turun ke bumi untuk tolong manusia-manusia ni semua dari serangan Raja yang jahat tuh melainkan Titans dilepaskan. Masa tuh pulak.. terdapat sorang manusia yang hensem-kacak-bergaya-badan-body-ketak2..hahahaha..Theseus yang ingin membalas dendam ke atas Raja yang jahat ni atas kerana telah membunuh ibu beliau. Beliau ini telah dilatih dari kecil oleh Dewa Zeus yang telah menyamar sebagai orang tua untuk membantu para dewa jikalau berlaku peperangan nanti. Masalahnya.. Theseus ni tak tahu orang tua tuh dewa Zeus..
Setelah ibu dia mati.. dan dalam proses nak tuntut bela nie.. berlaku lar beberapa insiden yang dia terjumpa dengan The Virgin of Oracle di mana di'anggotai' oleh 4 orang anak gadis dan hanya seorang sahaja daripada meraka yang mempunya kuasa boleh melihat masa hadapan. Semasa Theseus dan Phaedra The Virgin Oracles di dalam tahanan si Raja Jahat nie.. si Phaedra ternampak lar Theseus ni pegang Epirus bow. Dorang pon membuat kospirasi untuk melarikan diri dan berjaya. Semasa proses pengebumian mak si Theseus nie.. beliau terjumpa bow dan berlawan dengan Minotaur yang besar godang sehingga minotaur ni mati dikerjakan oleh Theseus.
Kesinambungan cerita korang leh lar beli tiket kat wayang.. kot ada lagi coz daku pon baru tahu ini cerita agak lama..kah kah kah.. but wayang penuh jek sampai seat depan.. duduk 3 depan dari screen k.. nasib baik puas hati dengan cerita.. tak rugi lar korang tengok.. penuh aksi! penuh ngan darah.. memang real and ngeri lar kalau tengok..!!!! memang strictly 18 above dia cop kat tiket tuh!
Meh nah share antara pelakon-pelakon yang kacak! auwwww~ Astaga.. =.=' Lupa jap dalam wayang semalam..huhuhu.. tengok trailer je lar u olls..
Celoteh Cik Bambam: Apa kejadah Dewa pon boleh mati? hahahhahaha
7 ratus ribu orang tambah perasa! :):
hermm...akibat mnyambung study aktibiti menonton wyg terpkse d kurangkan dgn redha..
dah lama xjengah pawagam..
cita nih nmpak mcm best, tp x bekesempatan pun nk p nengok..hehe~~
citer ni x tgk lagi
mcm best je cite ni..
x tgk lagi cerita ni.. maybe jugak x kan tengok.. hihihi
lagi best kalau pg, cik bambam banje..hihiihi
Post a Comment