Certain people kan.. bila kita ucap Al-Fatihah.. mesti nak cakap...
"Siapa meninggal???"
Haaaa.. tak caya? gua boleh buat print screen lagi beb.. hahahahha.. sebab terlintas jugak kat fikiran.. Al-Fatihah nie kita baca time solat and orang meninggal je ker ek?ngehehehehhe..
Kannn?? |
Kita sebagai orang Islam.. dalam sehari, bilangan minimum kita baca Al-Fatihah sebanyak 17x sehari.. yelar.. time solat Subuh 2 kali, Zohor 4 kali, Asar 4 kali, Maghrib 3 kali and Isyak 4 kali.. kan?? itu minimum.. belom masuk kita baca doa lar kan.. kekadang dah rushing.. lepas solat terus lipat telekung lipat sejadah.. errrrr.. tapi di sini nak share Hikmah kita membaca Al-Fatihah..
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Pahala membaca Fatihah seolah-olah sama membaca sepertiga al-Quran.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Fatihah itu adalah pembukaan maksud bagi orang mukmin.
Berdasarkan dua hadis ini jelas menunjukkan kepentingan Fatihah dan Islam juga menggariskan beberapa fadilat atau kepentingan surah berkenaan bagi kepentingan manusia sendiri. Di antaranya:
Berdasarkan dua hadis ini jelas menunjukkan kepentingan Fatihah dan Islam juga menggariskan beberapa fadilat atau kepentingan surah berkenaan bagi kepentingan manusia sendiri. Di antaranya:
Bagi yang mengamalkan bacaan Fatihah sebanyak 125 kali selepas selesai solat Subuh dan disertakan doa yang maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran, Surah al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akhirat supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku.
Membaca Surah Fatihah pada waktu tengah malam sebanyak 41 kali, maka Allah akan membuka segala pintu rezeki dan dimudahkan segala urusan tanpa kepayahan dan kesulitan.
Sesiapa yang mengamalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali selesai solat fardu, Allah akan meluaskan rezeki, memperbaiki akhlak, mempermudahkan urusan dan menghilangkan kesusahan.
Allah juga menganugerahkan apa yang diinginkan oleh hamba-Nya serta dia mendapat pelbagai berkat dan kemuliaan berwibawa dan mempunyai penghidupan yang baik dan terlindung daripada kemudaratan dan kemusnahan.
Membaca Fatihah yang disertakan dengan Bismillah di antara sunat solat dan fardu Subuh dengan istiqamah, maka doanya untuk memohon kenaikan pangkat akan terkabul.
Sheikh Muhyiddin Ibnul Arabi diriwayatkan berkata: Sesiapa yang ada maksud dan tujuan tersendiri, sebaiknya bacalah Surah Fatihah sebanyak 40 kali selepas selesai solat Maghrib dan sertakan doa yang maksudnya: Tuhanku, ilmu-Mu mencukupi untuk semua permohonan, cukuplah untukku dengan kebenaran Surah Fatihah pelbagai permohonan, kemurahan-Mu memadai untuk segala yang sedikit, muliakanlah aku dengan kebenaran surah Fatihah dan jadikanlah segala yang teringin di hatiku sebagai kenyataan. | |
Banyak kan kegunaan.. bukan hanya untuk bacaan solat dan sedekahkan pada orang yang dah meninggal dunia sahaja.. Elok gak daku buka FB.. dapat gak pemahaman den kali nie.. ngehehehehhee.. sama-sama lar kita amalkan.. :) Nak amalkan lepas solat Maghrib lar.. doa biar impian yang dihajat jadi kenyataan.. kekekekekke..
2 ratus ribu orang tambah perasa! :):
wah, byk hikmhahnya rpanya...mekasih share...
mudah mudahan ape yg cb hajati akan dimakbulkan oleh allah,insyallah
Post a Comment