"A 15 year old girl hold hands with her 1 year old son. People call her a slut. No one knows she was raped at 13."
"People call a girl fat. No one knows she has a serious disease which causes her to be overweight."
"People call an old man ugly. No one knows he had a serious injury to his face while fighting for our country in the war."
See..!!! Kita tak tahu kebenaran kalau kita tak kaji.. Kita tak boleh nak kata orang tuh macam nie sebab kenapa dia jadi macam tuh.. Kita bukan MANGSA KEJADIAN atau menjadi SAKSI yang betol benar-benar tanpa ada muslihat terlindung..
Macam dalam video BERSIH yang orang lain dok sebar tuh.. sorry.. den tak nak share kat sini sebab tak yakin dengan tujuan sebenar video itu dibuat.. Kita kata POLIS KEJAM sebab tak tolong rakyat jelata.. tapi bila beliau menjalankan tugas dikatakan KEJAM sebab berkelakuan begini.. Dah sah-sah penunjuk perasaan tuh menggugat keamanan negara.. walaupon tujuannya memang ada.. tak semua orang agreed dengan tindakan dorang.. so polis tetap lar kena jalankan tanggungjawab dorang jugak kan??!! Kang bila di pandang aje demontrasi tuh.. di cop rakyat jelata lain cakap POLIS MAKAN GAJI BUTA.. Seeee!!
Bila baca komen dekat Youtube pasal polis cakap.. "Orang kata jalan.. jalan lar!!!" sambil menengking dekat kumpulan PEREMPUAN yang buat demo tuh.. it's still salah kan?? Pastu maki.. BODOH PUNYA POLIS.. DENGAN PEREMPUAN PUN KAU CAKAP MACAM TUH! Kalau aku..aku pon terasa.. tapi saper suruh buat demo kat situ.. pastu nak kata macam nie ker.. "Hati-hati yer cik adik.. demo elok-elok.. kang jatuh..luka dahi.. nanti sakit lak".. nak cakap macam tuh kaaa??! Sah besok punya paper Harakah.. Tajuk Utama.. POLIS AMBIL KESEMPATAN! hahahahhaha
Korang kan tahu.. ibubapa kadang-kadang marah and rotan anak dia sebab nak anak dia jadi baik??!!
Then kes Polis tak tolong pakcik yang dikatakan meninggal.. Banyak aku baca pakcik nie meninggal dari pihak pembangkang.. dari pihak pro-govt lak kata kononnya pakcik tuh tak meninggal pon.. dia sengaja buat-buat mati.. pfffttt~! Ntah mana tah aku baca belog orang tuh.. kesimpulannya aku tak tahu dia meninggal atau tak.. Kalau betul dia meninggal Innalillah.. Salam takziah buat keluarga.. tapi kalau tak.. memang kau pelakon paling hebat!
Korang kata lak.. polis tengok jek pakcik tuh.. tak tolong.. hanya sebab video yang beberapa minit tuh.. mana kita tahu dia dah tolong before tuh.. or kita sendiri pon ada perasaan tetiba terkejut tengok orang nazak depan mata.. mana kita tahu??!! ada orang terima dengan perasaan tenang and ada yang tidak..hurmmm... Sebab politik.. sebab kuasa untuk memerintah.. kita semua tak sehaluan..
Sebab video 3 minit..
keamanan yang kita jaga selama 54 tahun tak dinilai..
Sebab video 3 minit..
Kawan sesama kawan kita bertekak..
Sebab video selama 3 minit..
Kita tidak TERLIHAT 3 minit SEBELUM DAN SELEPAS video itu...
Bukan ker??
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.- [Al-Hujraat : 6]
Kesimpulannya?? ikotkan hati.. aku nak jadi ahli politik yang ketiga.. tak nak geng ngan kerajaan ngan pembangkang! wahahahahha.. asalkan kau tak kacau keamanan aku sudah.. Diam tak bermakna kalah.
Ia cara mencari Rahmah. Mendekatkan diri kepada Allah. Personally.. aku pon tak suka tengok polis pukul citizen.. tapi keadaan mendesak.. nak buat macam mana.. tak nak kena pukul.. jangan keluar rumah kan..??? errrr..Footnote: Tengok orang dok komen dekat FB.. dasyat gaduh-gaduh.. hurmmmm.. kang aku ikot dialog Zizan dalam KL Gangster.. Kau bagi lar dia KL Malik.. bagi..!! bagi..!! hahahahahahha... Kita chill kan Yot? ehhehehe
3 ratus ribu orang tambah perasa! :):
marilah menyokong pati ayam bistari agar kita bijak blh menilai yg mana baik & burruk.. :D. Semua ni politikus... x sokong mana2 pihak. kedua2nya ada kesilapan & kelemahan sendiri. Orang atasan berkompang, org bawahan berperang.
setiap org ada pendapat masing2..yg masalahnya bila masing2 terlalu taksub dengan parti dan pemimpin..tak boleh menilai mana ok dan mana tidak...takpelah,kita tgk jelah..yg penting diri sendiri kena betulkan dulu...
skang ni dah tataw mane betol mane salah...nak buat telahan sendiri kang,kiter tambah dosa kiter...nak selidik,mmg tadapat...dok je la tgk org bertelagah...politic view lain2 takisah...yg aku kisah,perlu ke nak gado bagai hanya disebabkan different politic view..??kan bleh ckp baik2...
Post a Comment