Bambam's Addicted

MULUT CELUPAR sangat ker!

Orang mulut celupar = Resakse! hua hua hua.. I kan otomen!

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”

Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]

Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.


Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Jodoh pun lambat, InsyaAllah.Wallahu’alam





Celoteh Cik Bambam : Ohhhhh...mulut celupar nie takleh diamalkan ek..den pon kekadang mulut celupar jugak..huhuhu.. kena berhati-hati pasni..  minta maaf lar pada yang terasa.. :'( Annoying jugak bila ada orang cakap.. MULUT JEK JAHAT..HATI NI BAIK.. Kalau dah mulut tuh jahat sampai asyik buat orang terasa and berkecil hati.. HATI KO BAIK APEKEJADAH !!!

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba,


Celoteh Cik Bambam: Haaaaaa... len kali kita diam je lar ek.. kot terasa berbicara lar ngan hati masing-masing.. tak pon tulis diari yang orang tak leh baca.. tulis kat belog tak leh.. orang leh baca..huhuhhu.. Kebelakangan ni pon den memang suka senyap jek.. malas nak argue.. setakat leh sabar lagi lar.. kot ilang sabar den.. memang den sengseng longan lar yoooo~!! pfffttt~!!



7 ratus ribu orang tambah perasa! :):

Anonymous said...

CB..huhuuhuh...kite da tersedar..kite pon MULUT CELUPAR gak kekdg tu...huwaaa..pasni nk lebih diamkn diri..ptot pon jodoh lambat kn..ish2..meh kite doa sesame..mudah2an diberkati..amin..

Cik Bambam said...

@~diAhOntHeblOg~
sama2 lar kita beringat yer kak diah! :P

NM02 said...

ai mmg kepochi

tapi bukan ke arah celupar

hehehe

nazirah said...

btul tu cb.. krn mulut badan binasa huhu ;)

Myra Jay said...

Myra pun mulut banyak gak tp rasanya belum tahap celupar kot..

Masih menjaga hati & perasaan pihak lain :)

Anonymous said...

diam itu lebih baik,nsib baik sy x suke berckp..hehe.

shandye. said...

dulu mulut aku ni boleh dikategorikan sebagai mulut2 yg insuransnya dh dekat2 nk expired dh...

cakap biar lepas je...

lepas tu berlaku satu insiden yg menyebabkan aku dgn bff aku salah faham. kitorang gaduh besar to a point that dia macam tanak maafkan aku dah. masa tu dh dekat2 nk abes sekolah.

aku dipres gle kot.

lps tu aku ada gak cuba mintak maaf tp dia buat derrrkkk je. sentap mak nok...

lama2 lepas tu aku try lg sekali mintak maaf kat dia n kali ni dia maafkan aku.

the moral of the story is that being a mulut celupar ain't gonna brings you nowhere but spiraling down to disaster.

kthnxbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...