Sekiranya kita meneliti Maklumat Diri di myJodoh, kita akan dapati hampir 80% daripada pengguna menginginkan pasangan hidup yang “beriman”. Namun, bagaimana kita menilai keimanan seseorang itu? Adakah kerana pakaiannya atau kerana solatnya atau kerana kepandaiannya dalam hal-hal hukum hakam agama ?
Sweeettt~!! |
Yang jelas sekali di dalam Surah Al-Hujurat ayat 14, Allah telah berfirman kepada segolongan Arab Badwi yang mengaku diri mereka beriman, “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘.”
Ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan antara seorang yang beriman dan seorang yang beragama Islam. Ramai yang inginkan pasangan hidup yang beriman, tetapi akhirnya hanya mengahwini mereka yang beragama Islam sahaja. Lalu bagaimana anda menilai ciri-ciri pasangan hidup yang beriman ?
Sumber
Komen korang?
***
Suka lak daku baca artikel kat myJodoh nie.. kekekekke.. cari pasangan di internet pon salah satu usaha.. apa nak segan??!!! rezeki tak datang bergolek.. jodoh pon nak kena dicari.. kannn kannn kannn??????
9 ratus ribu orang tambah perasa! :):
kalau nak jumpa bakal suami yang pandai di dapur, carilah di pasar. ada je. hehehehee
i like lah..kalo akak post kat FB ni genti ramai yang nak berkongsi.. hehehe..
yang beriman dan yang beragama Islam tu memang berbeza...kadang2 kita mengimpikan pasangan hidup yang faham agama dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup, tapi kadang2 kita berjumpa dengan orang yang hanya Islam pada nama, tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam...
yang penting sekali, solat lima waktu tu dia jaga...sebab bila solat dijaga dengan baik, insya'Allah yang lainnya pun terjaga jugak...ingat, dengan BAIK! bukan sambil lewa...
namun siapalah kita yang nak menentukan jodoh kita, hanya Allah yang tahu segala yang tersembunyi...kita teruskan berusaha, Allah akan bagi yang setimpal dengan usaha kita...insya'ALlah...
eh, macam nak buat entri lak kan kat komen ni.. :p
btul tu,,nak kawin pun kene usaha,,,huhu
BAgi saya dah cukup kalau solat 5 waktu, tau menghormati kedua ibubapa, serta bertanggjawab...hihiih
hee.xda org nak yg jaat kan? ngee.semoga kita dapat yg terBAIK utk diri kita ye CB! amin. :)
tak cari.. dia x dtg. mencari tu slh satu usaha
tgk akhlak dn perhatikan cara pergaulan dan perckpn dia,semua tu ad kene mngena.=D
agama,pekerti...penting tu
bg aku... apa yg paling paling paling paling glebab* mustahak adalah sebelum sape2 rasa dia nak kawin, dia kenalah baiki kelemahan dirinya terlebih dahulu.
dlm kata lain... improve yourself first before expecting to find anybody who met your expectations.
faham tak?
cthnya kita sedia maklum yg ramai je yg feeling2 nak husband yg beriman stok2 soleh ala2 imam muda gittuh. tapi kita sendiri solat tunggang langgang, baca quran tajwid ke laut, puasa pun lite2, amal jariah apatah lagi...
faham tak?
hurm....
Post a Comment